Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ejen pelancongan umrah sedia pulangkan wang jemaah

Feb 28, 2020 | 05:30 AM



EJEN pelancongan yang menawarkan khidmat menunaikan ibadah umrah berkata mereka akan berbincang dengan jemaah masing-masing tindakan susulan terbaik menyusuli berita mengejut Arab Saudi menggantung kemasukan ke negara itu.



Beberapa agensi pelancongan yang dihubungi Berita Harian (BH) melahirkan kesediaan jika pemulangan wang perlu dikembalikan kepada jemaah.



Pengarah Urusan Hahnemann Travel & Tours, Encik Ahmad Hahnemann, berkata pihaknya bersedia untuk membayar balik wang pakej umrah pelanggan.



"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan jemaah untuk mengambil keputusan yang terbaik.



"Kita boleh menimbangkan samada untuk mengembalikan wang atau memberi pilihan kepada jemaah menundakan perjalanan," katanya.



Menurutnya, sekitar 30 peratus daripada 300 jemaahnya yang bakal berangkat bulan depan sudah mula menghubungi agensinya untuk mendapatkan penerangan lanjut berhubung berita tersebut.



Setiap perkembangan terkini bagaimanapun telah diberitahu kepada jemaah yang terjejas menerusi WhatsApp sejak pagi lagi selain menasihati mereka agar bertenang dalam berdepan dengan cabaran ini.



Selepas kenyataan media dikeluarkan Arab Saudi semalam, ramai jemaah yang akan berangkat bulan depan tertanya-tanya tentang status mereka sama ada dapat meneruskan keberangkatan ke Makkah dan Madinah ataupun tidak.



Namun petang semalam, difahami satu notis telah dikeluarkan Kedutaan di-Raja Arab Saudi Singapura dan kemudian diagihkan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) kepada ejen-ejen pelancongan di sini bahawa Singapura merupakan antara 22 negara terjejas - pelawat dari negara-negara itu, buat sementara waktu, tidak akan diberikan visa pelancongan dan dilarang memasuki Saudi.



Laman web syarikat penerbangan Emirates di Singapura juga telah meletakkan notis perjalanan terkini yang menyatakan bahawa pelanggan yang mempunyai visa umrah dan berasal daripada negara yang termasuk Singapura, tidak akan dibenarkan berangkat daripada negara asal mereka sehingga maklumat lanjut.



Pengurus Besar Halijah Travel, Encik Haffidz Abdul Hamid, bagaimanapun berkata kemungkinan apa yang berlaku adalah satu hikmah dan persiapan awal tentang bagaimana untuk menangani masalah ini jika ia timbul dan berlarutan sehingga musim haji.



"Ini mungkin satu langkah persiapan jika ini masih berterusan sehingga ke musim haji, apakah langkah selanjutnya.



"Dan apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil untuk mengekangnya daripada terus menular," katanya.



Encik Mohammed Rosli Zainoldin 36 tahun berkata ibu mentuanya yang sepatutnya berangkat bulan depan terlalu sedih dengan berita mengejut itu.



"Ibu mentua saya yang sepatutnya pergi dengan dua adik ipar saya sebenarnya tidak sabar untuk mengerjakan umrah kali ini dan apabila mendengar desas-desus berita ini mereka sedih dan masih mengharap Visa mereka dapat diluluskan," katanya.



Suri rumah, Cik Samira AlHadi, 35 tahun yang bakal berangkat ke Tanah Suci awal bulan depan selama 12 hari bersama anak lelaki dan ibunya berkata agak sukar jika perlu menundakan perjalanan ke bulan Jun.



"Jun merupakan bulan di mana jumlah jemaahnya amat ramai dan kosnya lebih tinggi sedikit



"Justeru jika kami perlu menunda sehingga ke Jun, kemungkinan kami perlu membayar tambahan.



"Mungkin pilihan terakhir kami ialah mendapat pulangan wang kembali," katanya yang telah membayar penuh pakej umrah sekitar $8,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >