Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekamatra perlu henti pekerja, susun operasi demi penakatan

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



DENGAN dua persembahan teater yang dirancang tahun lalu terpaksa dibatalkan, Teater Ekamatra bergelut untuk bertahan semasa tempoh yang mencabar ini.



Menurut pengarah urusan Teater Ekamatra, Cik Nurul Shaza Ishak, demi menakat, kumpulan itu terpaksa memberhentikan dua pekerjanya dan beliau menjalankan segala operasi seorang diri.



Justeru, suntikan dana daripada Dana Mempertahankan Kesenian (stART), akan dapat membantu syarikat tersebut untuk terus kekal berkarya dan meneruskan legasinya sebagai salah sebuah kumpulan teater mapan di Singapura.



"Covid-19 melanda Singapura dengan secara tiba-tiba dan kami tidak bersedia. Sebagai sebuah syarikat, kita juga terpaksa melakukan penyesuaian mengikuti keadaan.



"Oleh kerana saya terpaksa memberhentikan dua pekerja saya yang sebelum ini melakukan kerja pentadbiran, saya kini perlu melakukan kerja itu di atas tugas saya menghasilkan persembahan dan mengurus syarikat ini.



"Namun, dengan pendanaan stART, ia memberi saya peluang untuk memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting," kata Cik Shaza.



Ketika dihubungi oleh Berita Harian, beliau menjelaskan, ia membolehnya untuk mengambil pekerja sambilan untuk membantunya dengan kerja pentadbiran dalam masa akan datang.



Tambahnya, dengan dana stART, ia juga memberinya peluang untuk menganjurkan siri dalam talian Mat Champion 2.0, pada pertengahan Februari tahun ini.



Siri tersebut bukan sahaja buat pelajar sekolah rendah dan menengah tetapi juga untuk guru-guru dan ibu bapa mereka.



"Siri ini bukan sesuatu yang baru. Kami telah mengadakan dua persembahan secara fizikal Mat Champion pada tahun 2007 dan 2019.



"Oleh kerana keadaan sekarang, kami telah mengalihkan persembahan secara fizikal ini dalam talian di wadah digital. Walaupun terdapat beberapa cabaran, saya rasa ia telah memberi kami peluang untuk terus mendekati masyarakat dengan seni persembahan kami.



"Inilah cara bagi kami untuk terus bertahan dan tetap relevan dalam industri ini.



"Dengan pendanaan seperti stART, saya rasa amat bersyukur kita dapat terus melakukan kerja kita untuk dan kekal kreatif dalam tempoh sulit seperti pandemik ini di samping meringankan beban kewangan," ujarnya.



Selain daripada menerima pendanaan stART, Teater Ekamatra kini sedang dalam proses melakukan pemohonan untuk diiktiraf sebagai sebuah institusi awam (IPC).



Dengan pengiktirafan tersebut, Cik Shaza berharap dapat lebih banyak sokongan daripada orang awam untuk terus memperkukuhkan seni persembahan mereka.



"Oleh kerana orang ramai boleh mendapat pemotongan cukai sekiranya mereka menderma kepada kami jika kita diiktirafkan sebagai IPC, saya rasa ia akan menjadi insentif yang besar bagi orang ramai.



"Selain itu, ia juga meningkatkan kehadiran kita untuk terus memupuk rasa cinta untuk seni persembahan dalam kalangan generasi yang akan datang apabila kita dapat terus melakukan kerja kita seperti biasa," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >