Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKEJ BANTUAN TANGANI INFLASI

Ekon masih tumbuh, tapi inflasi kekal buat masa ini: DPM Wong

Pemerintah akan terus pantau sekitaran ekonomi yang dinamik dan boleh berubah
Jun 22, 2022 | 04:27 PM



EKONOMI Singapura dijangka terus tumbuh sihat tahun ini namun dari segi inflasi orang ramai boleh terus menjangkakan harga yang tinggi buat masa ini.



Menjawab pertanyaan media tentang inflasi di sidang media semasa beliau mengumumkan pakej bantuan bernilai $1.5 bilion untuk menangani kesan inflasi semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengambil sikap berjaga-jaga dan telah mengambil langkah yang tepat pada masa untuk menangani inflasi berbanding bank pusat negara lain.



"Sejak Oktober lalu, MAS telah mengambil tiga langkah berhubung inflasi dan kami masih merasakan kesan dasar kewangan yang diperketat itu untuk memperlahankan momentum kenaikan harga dalam ekonomi kita," ujarnya.



Tambahnya, MAS akan terus bersikap berjaga-jaga terhadap kenaikan harga di peringkat dunia serta di Singapura dan bersedia bertindak untuk memastikan kestabilan harga dalam jangka masa pertengahan.



"Ekonomi kita masih berkembang buat masa ini tetapi inflasi juga meningkat.



"Kami sedang menanganinya menerusi dasar kewangan dan berusaha membantu golongan yang terjejas dek inflasi, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan segmen yang lebih mudah terjejas, yang akan berasakan beban lebih berat apabila harga meningkat," kata Encik Wong sambil menambah bahawa situasinya dinamik dan boleh berubah.



Beliau juga berkata pemerintah akan terus memantau pasaran hartanah dengan dekat, di tengah-tengah keprihatinan tentang kadar faedah serta harga hartanah yang meningkat.



Pihak berkuasa telah memperkenal langkah meredakan pasaran hartanah sekitar hujung tahun lalu dan menggalak sikap berhati-hati dari segi kewangan.



Menarik perhatian bahawa situasinya dinamik, Encik Wong berkata pemerintah akan meninjau sama ada langkah lanjut perlu diambil, sejajar dengan pendekatan pemerintah memastikan pasaran hartanah yang stabil dan berdaya tahan.



Tambahnya, Singapura juga mempunyai langkah perlindungan dan langkah bagi memastikan orang ramai supaya berhati-hati semasa meminjam wang, khususnya berhubung gadai janji hartanah.



Antaranya termasuk had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV), yang menentukan jumlah maksimum seseorang boleh meminjam dari institusi kewangan bagi pinjaman perumahan.



Encik Wong juga berkata pemerintah sedang memantau dengan dekat situasi Covid-19, yang terus menampilkan risiko buat ekonomi dunia dan Singapura.



Sekiranya keadaan Covid-19 berubah menjadi lebih teruk, beliau berkata ini pastinya akan memburukkan lagi keadaan, apatah lagi dengan perang di Ukraine dan gangguan terhadap rantaian bekalan.



Ketika ini, tidak diketahui dengan pasti sejauh mana ekonomi akan merosot.



"Kita mungkin berada dalam situasi... di mana kita berdepan dengan inflasi, harga lebih tinggi... tetapi secara keseluruhan, ekonomi sedunia masih boleh tumbuh walaupun perlahan sedikit.



"Dan ekonomi Singapura juga mungkin akan terus tumbuh bukan tahun ini sahaja malah tahun depan juga.



"Sekiranya ini berlaku, situasinya amat bebeza. Ekonomi kita terus tumbuh, pasaran pekerja kekal ketat, kadar pengangguran kekal amat rendah dan kita berada dalam situasi yang amat berbeza berbanding senario kemelesetan ekonomi yang teruk," kata Encik Wong.



Sebaliknya, jika kemelesetan ekonomi yang teruk berlaku - dengan pertumbuhan ekonomi yang negatif dan kadar pengangguran yang meningkat - beliau berkata pemerintah akan meninjau bagaimana untuk membantu Singapura mengharungi kemelesetan sedunia dan dalam negara.



Dalam menjalankan usaha itu, beliau berkata pemerintah akan mempertimbangkan semua pilihan yang berbeza dan menanganinya dengan perspektif jangka panjang, bukan menangani situasi sekarang sahaja.



"Kita harus ingat pentingnya menjalankan usaha ini secara bertanggungjawab dan berdaya tahan bagi jangka masa pertengahan hingga panjang.



"Sebab itulah... semua langkah berhubung memperoleh hasil termasuk perubahan kepada GST harus mengambil kira perspektif itu," ujar Encik Wong.




LANGKAH KAWAL HARGA

"Sejak Oktober lalu, MAS telah mengambil tiga langkah berhubung inflasi dan kami masih merasakan kesan dasar kewangan yang diperketat itu untuk memperlahankan momentum kenaikan harga dalam ekonomi kita."



EKONOMI MASIH TUMBUH

"Ekonomi kita terus tumbuh, pasaran pekerja kekal ketat, kadar pengangguran kekal amat rendah dan kita berada dalam situasi yang amat berbeza berbanding senario kemelesetan ekonomi yang teruk."

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >