Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon SG boleh tumbuh tahun ini, tapi awas faktor Ukraine: Lawrence

Mar 23, 2022 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura masih mampu berkembang tahun ini tetapi keadaan buruk seperti kemelesetan atau stagflasi tidak boleh diketepikan.



Ia boleh berlaku jika krisis di Ukraine semakin berpanjangan, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.



"Mungkin kita masih boleh terus berkembang, yang merupakan jangkaan kita hari ini... tetapi terdapat kemungkinan keadaan menjadi lebih buruk dan ia menjadi perang yang berpanjangan dan dalam kes itu, ia akan mempunyai kesan terhadap rantaian bekalan, inflasi dan pertumbuhan sejagat yang kesemuanya akan menjejas Singapura," kata Encik Wong, di Majlis Jamuan Tengah Hari dan Perbualan Bersama Menteri di Sidang Puncak Perniagaan Apex Singapura (SABS) yang julung-julung kali diadakan semalam.



Ekonomi Singapura dijangka tumbuh 3- 5 peratus tahun ini, menurut ramalan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Jika ekonomi sejagat mendatar dalam keadaan inflasi yang tinggi atau apa yang disebut sebagai stagflasi, beliau berkata Singapura akan terjejas juga meskipun hubungan langsung dengan Russia dan Ukraine agak terhad.



SABS diadakan buat julung-julung kalinya dengan tujuan memperkasa perniagaan mencapai potensi maksimum mereka dalam dunia endemik Covid-19. Dianjurkan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) bersama syarikat penganjur acara dan konvensyen, MP Singapore Pte Ltd, ia memberi tumpuan kepada tema Menjana Transformasi Perniagaan dalam Dunia Endemik.



Ia diadakan secara hibrid - secara fizikal dan juga dalam talian - di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands dari semalam hingga lusa.



Lebih 3,000 pemimpin perniagaan dan pegawai kanan pemerintah dari 57 negara dan ekonomi, dan lebih 1,600 syarikat dan pertubuhan unik telah mendaftar untuk menghadiri sidang puncak itu.



SABS dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, semalam.



Dalam ucapannya, Encik Heng berkata daya pengeluaran Singapura terus meningkat walaupun dilanda pandemik Covid-19, dengan kenaikan 3.9 peratus setahun antara 2019 dengan 2021.



Peningkatan itu adalah antara hasil memberangsangkan daripada transformasi industri peringkat negara yang telah berlangsung sejak 2016.



Perancangan Perubahan Industri (ITM) itu telah membantu membina asas yang lebih kukuh untuk setiap industri, hubungan yang lebih kukuh di dalam dan merentas industri, dan ikatan yang lebih kukuh antara pihak berkepentingan, kata Encik Heng.



Pendekatan itu telah membolehkan Singapura mengharungi kejutan Covid-19 dengan lebih baik dan membolehkan perniagaan beralih, bertindak balas dan menyesuaikan diri dengan lebih tangkas kepada persekitaran operasi yang berubah-ubah.



Encik Heng berkata dunia kini kelihatan seperti sedang beralih dari satu krisis ke satu lagi dan harapan untuk kembali ke dunia sebelum Covid- 19, dengan stabiliti dan keamanan yang relatif, mungkin hanya angan-angan.



"Realitinya ialah sekitaran sejagat berubah dalam cara asas - dengan kejutan global yang lebih kerap, serta ketidaktentuan ekonomi dan kewangan yang lebih besar," katanya.



"Tetapi jika kita menjangkakan kejutan global menjadi ciri biasa dalam dunia endemik, kita perlu mempersiapkan diri kita untuk ketidaktentuan ini," tambahnya.



Dalam ucapannya sempena acara jamuan malam, Presiden Halimah Yacob berkata pemerintah memahami tekanan yang dihadapi perusahaan dan mempunyai strategi serampang untuk membantu mereka demi memastikan ekonomi Singapura kekal berdaya saing, mengurangkan kesan tekanan kos dari luar serta menangani faktor yang memacu kos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >