Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon SG dijangka pulih perlahan separuh kedua 2021: DPM Heng

Bercakap di Forum Global Outlook ST, usaha vaksin berkesan akan dorong pemulihan global
Jan 12, 2021 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura mungkin pulih dengan perlahan pada separuh kedua tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semalam.



Ini sejajar dengan konsensus global bahawa ekonomi dunia mungkin pulih pada pertengahan kedua tahun ini, dengan program vaksin Covid-19 telah dilancarkan dan memberi harapan bahawa pandemik ini boleh dikawal dengan lebih baik.



"Meskipun demikian, dunia telah kehilangan sebahagian besar Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dan jika senario itu berlaku pun, tahapnya dijangka lebih rendah berbanding tahap 2019," kata Encik Heng.



Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan moderator, Editor akhbar The Straits Times, Encik Warren Fernandez, tentang ramalannya bagi ekonomi tahun ini di Forum Global Outlook The Straits Times semalam.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, berkata satu faktor positif yang boleh berlaku ialah usaha vaksin yang berkesan di serata dunia, membolehkannya mengatasi pandemik Covid-19.



Namun sebaliknya, vaksin yang tidak berkesan serta ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang memburuk akan mempunyai kesan lembap pada ekonomi dunia.



Encik Heng, yang menyampaikan ucapan dasar di forum anjuran akhbar The Straits Times dengan kerjasama OCBC Premier Banking, turut menarik perhatian bahawa keupayaan Singapura meneroka peluang di luar negara dan kekal relevan kepada dunia bergantung pada kekuatannya di dalam negara.



Sedang negara ini kekal terbuka dan terus berkembang maju, Singapura harus memastikan bahawa manfaat yang diraih hasil pertumbuhan dapat diagihkan dengan lebih adil.



Encik Heng berkata Singapura juga harus mengukuhkan perpaduan nasionalnya serta menolak pecah belah seperti yang dilihat di beberapa negara lain. Keterbukaan Singapura merupakan asas bagi kejayaan ekonomi Singapura, ujarnya.



Oleh itu, sebagai negara kecil, Singapura akan kehilangan nilai dan kerelevanannya kepada dunia sekiranya ia bersikap tertutup.



"Itulah sebabnya, walaupun dengan Covid-19, kita giat mencari cara untuk membuka semula dengan selamat sementara terus berjaga-jaga," ujarnya.



Meskipun sifatnya yang kecil dan terbuka bermakna negara ini terjejas dengan kejadian di luar negara, lebih-lebih lagi apabila sistem berbilang hala menghadapi tekanan, ini juga memberi kelebihan bagi Singapura.



Antara lain, Encik Heng berkata negara ini boleh menyesuaikan diri dengan lebih mudah serta lebih fleksibel dan inovatif bagi memanfaatkan peluang hasil kerjasama sedunia.



Sebagai contoh, Singapura boleh merebut peluang dalam bidang seperti perubahan iklim dan teknologi.



Meskipun perubahan iklim terus mengancam Singapura, ini juga boleh mewujudkan peluang baru, ujarnya.



Negara ini misalnya sedang meneroka bagaimana negara ini boleh berkhidmat di rantau ini sebagai pasaran bagi kredit karbon bermutu tinggi.



Tambahnya, Singapura juga akan membantu perusahaan di sini melalui transformasi sementara menarik lebih banyak syarikat beroperasi di sini.



Negara ini juga akan banyak melabur untuk menampilkan yang terbaik daripada warganya sementara melengkapi tenaga kerja setempat dengan kepakaran dari luar negara.



"Lebih kukuh kita di dalam negara, lebih banyaklah kita dapat menyumbang kepada sumber global dan mewujudkan peluang buat warga Singapura," ujar Encik Heng.



Dalam ucapannya, beliau antara lain menyentuh tentang kesan pandemik Covid-19 serta persaingan strategik Amerika-China pada Singapura.



Sekitar forum:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >