Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Ekon SG mengecut 5.8% tahun lalu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ekon SG mengecut 5.8% tahun lalu

Jan 05, 2021 | 05:30 AM

EKONOMI Singapura mengecut 5.8 peratus tahun lalu, menurut ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.

Bagi suku keempat 2020, ekonomi merosot 3.8 peratus berbanding tempoh sama 2019, lebih baik berbanding kejatuhan 5.6 peratus pada suku ketiga setelah lebih banyak sekatan berkaitan Covid-19 ke atas kegiatan ekonomi ditarik balik.

Prestasi suku keempat ekonomi negara juga adalah lebih baik daripada ramalan pengamat ekonomi ditinjau Reuters, iaitu kemerosotan 4.5 peratus.

Berbanding suku sebelumnya, ekonomi berkembang 2.1 peratus berikutan pertumbuhan 9.5 peratus pada suku ketiga.

Para pengamat berpendapat pertumbuhan kukuh Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) pada suku ketiga didorong oleh penyambungan semula lebih banyak kegiatan binaan pada suku keempat di samping rentak pertumbuhan mantap dalam sektor maklumat dan perhubungan serta industri kewangan dan insurans.

Ramalan MTI sepenuh tahun itu adalah lebih baik daripada ramalan awal, kemerosotan antara 6 peratus dengan 6.5 peratus pada bulan lalu, dan lebih rendah daripada ramalan sebelumnya, kejatuhan di antara 5 peratus dengan 7 peratus.

Dalam ramalan pertama kali untuk tahun depan, MTI berkata bulan lalu, ekonomi negara boleh tumbuh antara 4 peratus dengan 6 peratus - tertinggi sejak 2011, apabila ia berkembang 6.3 peratus.

Menurut perangkaan MTI, prestasi suku keempat tahun lalu dirangsang oleh sektor pengilangan yang tumbuh 9.5 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ini disebabkan oleh pengeluaran kelompok kejuruteraan jitu, elektronik dan pengilangan biomedikal yang meningkat, sekali gus mengimbangi pengeluaran yang merosot bagi kelompok kejuruteraan pengangkutan dan pengilangan umum.

Sektor binaan menyaksikan sedikit pemulihan dengan kadar pengecutan lebih sederhana, sebanyak 28.5 peratus pada suku keempat, berbanding kejatuhan 46.2 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi sektor perkhidmatan, MTI berkata dagangan runcit dan borong, pengangkutan dan simpanan menguncup 11 peratus pada suku keempat, lebih sederhana daripada kejatuhan 11.9 peratus, pada suku sebelumnya.

"Prestasi sektor-sektor ini dijejas oleh segmen berkaitan perdagangan seperti dagangan borong dan pengangkutan air, yang merosot kerana permintaan luaran lemah sedang ekonomi utama sedunia terus bergelut dengan pandemik Covid-19, serta segmen pengangkutan udara yang mengecut kerana sekatan pergerakan global dan permintaan pergerakan lemah," kata MTI.

Memandang ke hadapan, Ketua Penyelidikan Kewangan OCBC, Cik Selena Ling, berkata:

"Dengan vaksinasi sudah mula dijalankan secara global dan domestik dan peralihan ke Fasa Tiga bagi ekonomi Singapura, kami menjangkakan pertumbuhan akan stabil dan pulih kepada sekitar 4 peratus hingga 6 peratus pada 2021.

"Namun, rentak pertumbuhan pengilangan akan sederhana sedikit pada suku pertama tahun memandangkan suku pertama secara tradisional adalah lebih perlahan kerana cuti Tahun Baru Cina dan usaha penambahan stok global mungkin reda."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3