Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon SG tumbuh 7.2% tahun lalu: MTI

Tanda pemulihan semula selepas ekon kuncup 5.4% pada 2020 ekoran pandemik Covid-19
Jan 04, 2022 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura melabuhkan tirai 2021 dengan nada positif, mencatatkan pertumbuhan sepanjang tahun sebanyak 7.2 peratus, iaitu yang terpantas sejak lebih sedekad lalu.



Ini selepas ekonomi negara tumbuh 5.9 peratus pada suku keempat tahun lalu, didorong sektor perkilangan yang cergas, menurut ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Perangkaan itu sekali gus melenyapkan kemelesetan paling teruk dialami Singapura pada 2020 apabila ditimpa pandemik Covid-19.



MTI berkata kadar pertumbuhan itu menandakan pemulihan semula selepas ekonomi menguncup 5.4 peratus pada 2020 serta lebih tinggi daripada ramalan pertumbuhan rasmi, sekitar 7 peratus.



Ini juga menjangkaui ramalan pengamat swasta iaitu pertumbuhan 5.1 peratus pada suku keempat tahun lalu berbanding tahun sebelumnya dan 7.1 peratus sepanjang tahun lalu.



Pada November tahun lalu, MTI menjangkakan pertumbuhan sepanjang tahun akan mencapai sekitar 7 peratus, anggaran lebih tinggi dalam ramalan lingkungan di antara 6 peratus dengan 7 peratus.



Dalam Amanat Tahun Baru minggu lalu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata ekonomi Singapura dijangka berkembang di antara 3 peratus dengan 5 peratus pada tahun ini, menekankan sekali lagi ramalan MTI.



Menurut MTI, pertumbuhan pada suku keempat telah dirangsang oleh sektor perkilangan, yang berkembang 14 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya - lebih pantas daripada pertumbuhan 7.9 peratus pada suku ketiga tahun lalu.



Para pengamat berkata kelakonan yang menggalakkan itu mencerminkan bahawa pemulihan ekonomi negara bertambah rancak meskipun dengan meningkatnya kes jangkitan varian Omicron, sehingga menyebabkan Singapura menggantung penjualan tiket bagi Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) darat.



Memberi pandangannya, pengamat ekonomi kanan DBS Bank, Encik Irvin Seah, menarik perhatian bahawa ekonomi mula pulih sejak suku ketiga 2020 dan menjadi lebih pesat pada suku keempat tahun lalu.



"Malahan, perangkaan hari ini (terkini) adalah lebih kukuh daripada jangkaan kami dengan kadar pertumbuhan sepanjang 2021 lebih tinggi daripada ramalan awal kami, 7 peratus," ujarnya.



"Pelonggaran langkah keselamatan domestik, sekali gus membolehkan lebih banyak kegiatan ekonomi disambung semula tentunya faktor utama dan pemangkin ini dijangka berterusan pada 2022 walaupun adanya kebimbangan mengenai lebih banyak jangkitan ekoran varian Omicron."



Tambah Encik Seah, dengan kadar vaksinasi yang tinggi dalam negara akan menempatkan ekonomi dalam laluan pembukaan semula yang mantap pada 2022.



Justeru, ketua penyelidikan dan strategi kewangan OCBC, Cik Selena Ling, berpandangan bahawa pada tahun ini, ekonomi negara akan kembali kepada kadar pertumbuhan sekitar 3 peratus hingga 5 peratus.



"Kunci untuk mengekalkan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan pada separuh pertama tahun ini akan bergantung kepada pembukaan semula sempadan dan tambahan kepada VTL akan menghidupkan sektor pelayanan diri.



"Sektor binaan juga memerlukan aliran tenaga pekerja asing apabila sempadan dibuka semula untuk maju ke depan pada tahun ini.



"Apa pun, Belanjawan 2022 yang lebih jimat fiskal dan langkah mengetatkan lagi dasar kewangan pada Februari dan April, bagi mencerminkan pertumbuhan lebih normal dan kadar inflasi lebih tinggi," ujar Cik Ling.



LAPORAN SELANJUTNYA: Sektor perkilangan capai prestasi paling cemerlang suku akhir 2021




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >