Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon S'pura diramal tumbuh 6.6%

Didorong sektor perkilangan, kewangan dan insurans * Melebihi ramalan 6.5% Jun lalu oleh MAS
Sep 02, 2021 | 05:30 AM



PAKAR-PAKAR ekonomi swasta di Singapura meramalkan ekonomi Singapura tumbuh 6.6 peratus tahun ini, didorong oleh sektor perkilangan dan kewangan serta insurans.



Ia melebihi ramalan 6.5 peratus dijangkakan pada tinjauan serupa dijalankan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jun lalu.



Ramalan itu sejajar dengan jangkaan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sebanyak 6-7 peratus tahun ini.



Tahun depan, mereka menjangkakan ekonomi tumbuh sebanyak 3.9 peratus.



Meskipun demikian, pertumbuhan diramalkan pakar-pakar ekonomi itu bagi suku kedua adalah lebih rendah sebanyak 14.7 peratus berbanding 15 peratus sebelum ini.



Dalam suku kedua dari April hingga Jun lalu, Singapura memasuki Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) yang tidak membolehkan penduduk menjamu selera di luar.



Ini menjejas sektor khidmat makanan dan penginapan dijangka tumbuh lebih rendah sebanyak 5.9 peratus tahun ini, dari 6.5 peratus dalam tinjauan Jun lalu.



Sektor binaan juga diramal tumbuh lebih perlahan sebanyak 16.6 peratus, dari 19.3 peratus sebelum ini.



Dagangan runcit dan borong mungkin meningkat lebih rendah sebanyak 4.1 peratus dari 4.4 peratus.



Hanya perkilangan dan kewangan dan insurans yang diramal tumbuh lebih tinggi masing-masing sebanyak 11.4 peratus dan 6.8 peratus.



Keadaan Covid-19 yang semakin buruk dan langkah sekatan dalam membendung penularan yang menjejas kesihatan awam merupakan risiko yang paling kerap diutarakan pakar-pakar ekonomi itu terhadap ekonomi Singapura.



Sebanyak 90 peratus responden menyatakan ia sebagai risiko utama, berbanding 82.4 peratus pada tinjauan Jun lalu.



Responden juga bimbang mengenai risiko dari gangguan rantaian bekalan yang akan menjejas kegiatan perkilangan dan dagangan.



"Prospek pembukaan semula sempadan bagi lawatan antarabangsa merupakan faktor yang akan mendorong prospek pertumbuhan ekonomi dan disebut oleh 70 peratus responden,'' kata MAS.



Mengawal Covid-19 juga penting dalam menangani wabak itu yang telah menjejas ekonomi negara sejak lebih setahun lalu.



Ketika ditanya jangkaan keuntungan korporat, 57.1 peratus dari pakar-pakar ekonomi swasta menjangkakan pertumbuhan pada suku ketiga tahun ini, manakala bakinya menjangkakan keuntungan korporat adalah stabil.



Para responden juga menjangkakan harga rumah privet akan meningkat pada suku ketiga tahun ini, dari suku kedua.



Dari segi inflasi, mereka menjangkakan inflasi keseluruhan secara median akan naik 1.7 peratus tahun ini, dari 1.4 peratus dalam tinjauan Jun lalu.



Inflasi teras, yang tidak mengambil-kira kos pengangkutan dan penginapan, mencecah 0.7 peratus, dari 0.8 peratus sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >