Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon S'pura suku kedua tumbuh 0.1%, paling perlahan sejak sedekad

Jul 12, 2019 | 08:51 AM



EKONOMI Singapura tumbuh lebih perlahan dari yang dijangkakan pada suku kedua setelah ia tumbuh 0.1 peratus pada suku kedua.

Perangkaan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) itu lebih rendah dari ramalan pakar-pakar ekonomi yang menjangkakan pertumbuhan 1.1 peratus.



Ia juga lebih perlahan dari pertumbuhan 1.1 peratus dicapai pada suku pertama dari Januari hingga Mac tahun ini.



Bagi perbandingan suku ke suku, ekonomi menguncup 3.4 peratus pada suku kedua, satu perubahan setelah tumbuh 3.8 peratus pada suku pertama.



Para penggubal dasar sudah pun menyemak ramalan pertumbuhan ekonomi tahun ini kepada 1.5 hingga 2.5 peratus selepas ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China menjjeas pelaburan, dagangan dan perkilangan, menurut Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon bulan lalu.



Maybank Kim Eng Research dan OCBC sebelum ini memberi amaran negara ini boleh menghadapi kemelesetan teknikal yang rendah pada suku ketiga jika prospek dagangan sejagat bertambah buruk.



Kemelesetan teknikal berlaku jika ekonomi menguncup buat dua suku tahunan berturut-turut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >