Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi digital tawar peluang menarik bagi warga

Ikuti bahagian pertama temu bual Berita Harian bersama Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di bangunan Perpustakaan Negara baru-baru ini. Bahagian kedua dan terakhir akan diterbitkan dalam Berita Minggu esok. Yaacob: Pembangunan tenaga manusia dalam ICT akan terus mendapat perhatian
Jan 07, 2017 | 05:30 AM



EKONOMI digital menawarkan pekerjaan dalam bidang yang baru bagi warga Singapura, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.



"Bagi anak muda, ini suatu masa yang menarik kerana ekonomi digital akan mewujudkan pekerjaan baru yang tidak pernah didengar sebelum ini," ujarnya dalam satu wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.



Dengan pelbagai sektor melancarkan Pelan Perubahan Industri (ITM) untuk memanfaatkan teknologi dalam industri masing-masing, kemahiran baru akan diperlukan, jelas Dr Yaacob.



Beberapa sektor yang sudah melancarkan pelan itu termasuk sektor hotel, pengilangan serta makanan dan minuman.



Sedang syarikat menjalani automasi, mereka mungkin memerlukan robotik, kecerdasan buatan (AI) dan pelbagai teknologi lain, ujar Dr Yaacob.



Dalam pelbagai bidang ini, kemahiran asas dalam kejuruteraan komputer masih diperlukan.



Turut diperlukan adalah kemahiran menjangkau kemahiran asas itu, khususnya keupayaan untuk menghubungkaitkan penggunaan teknologi itu dengan masyarakat dan perniagaan, kata beliau.



Oleh itu, pemerintah sedang bekerjasama rapat dengan institut pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti untuk melahirkan kelompok baru saintis dan jurutera komputer serta karyawan infokom.



"Pelbagai bidang baru ini diperlukan Singapura. Malah, kita kekurangan individu yang mahir dalam bidang ini," ujar Dr Yaacob.



Tahun lalu, pemerintah melancarkan Pelan Pembangunan Tenaga Kerja yang memperuntuk $120 juta untuk membangun bakat dalam industri sektor teknologi infokom (ICT).



Ini disasarkan bukan sahaja kepada lulusan sekolah, bahkan karyawan pertengahan kerjaya yang ingin menceburi bidang itu.



Satu program baru yang diperkenalkan ialah Perkhidmatan Kerjaya Bersepadu Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA) atau TechSkills Accelerator yang melatih mereka yang berminat menyertai sektor ICT.



Sektor itu dianggarkan akan mewujudkan sekitar 30,000 pekerjaan baru dalam ekonomi masa depan menjelang 2020.



Usaha pembangunan tenaga ini merupakan antara teras tugas kementeriannya tahun lalu, dan akan terus mendapat perhatian tahun ini.



Menyingkap pencapaian Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada tahun lepas, Dr Yaacob berkata satu lagi aspek penting dalam tugas MCI adalah menerajui perubahan kepada ekonomi digital.



Ini termasuk membangun satu ekosistem yang mempunyai rangka kerja kawal selia serta skim insentif untuk memupuk inovasi dan keusahawanan dalam sektor infokom media.



Satu lagi detik penting tahun lalu ialah penyusunan semula Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) dan Penguasa Pembangunan Media (MDA) menjadi Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) dan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech).



Langkah itu, kata Dr Yaacob, telah menyepadukan dan menyelaras usaha dalam merubah ekonomi.



Di samping itu, usaha meningkatkan keselamatan siber diberi keutamaan dengan tertubuhnya Agensi Keselamatan Siber (CSA) pada 2015.



Dengan penubuhan agensi itu, kesedaran mengenai keselamatan siber semakin meningkat di Singapura, ujar Dr Yaacob, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber.



Tahun ini, agensi tersebut akan terus bekerjasama rapat dengan 11 sektor kritikal yang dikenal pasti untuk memperkukuh landskap keselamatan siber di negara ini, dan memupuk kesedaran awam untuk menggalak semua pengguna memainkan peranan mereka.




ANTARA DETIK PENTING DI BAWAH KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN (MCI) TAHUN LALU



  • Susunan semula Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) dan Penguasa Pembangunan Media (MDA) menjadi Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) dan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech)

  • $120 juta untuk membangun bakat dalam industri sektor teknologi infokom (ICT)

  • Inisiatif Pemacu Kemahiran Teknologi atau TechSkills Accelerator (TeSA) yang melatih mereka yang berminat menyertai sektor ICT

  • Pelancaran Pixel Studios, kemudahan baru untuk merangsang penerbitan kandungan digital dan pembangunan permainan

  • Meningkatkan keselamatan siber dan kesedaran awam menerusi Agensi Keselamatan Siber (CSA)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >