Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi kitaran mampu wujudkan peluang pekerjaan: Masagos

Beliau beri contoh pekerjaan pereka desain produk kurangkan kesan sekitaran; jurutera bangun piawaian pengurusan sampah; dan saintis kaji mikroorganisma proses makanan dibuang
Apr 13, 2019 | 05:30 AM



BERALIH kepada pendekatan ekonomi kitaran akan dapat mewujudkan lebih banyak peluang bagi syarikat setempat dan secara tidak langsung menghasilkan pekerjaan baru bagi para pelajar apabila mereka tamat pengajian kelak, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Memberikan contoh, Encik Masagos berkata pereka desain diperlukan untuk mereka produk yang dapat mengurangkan kesan sekitaran tetapi pada masa yang sama memaksimumkan kitaran kehidupan produk dan keupayaan produk itu untuk dikitar semula.



Selain itu, jurutera juga diperlukan untuk membangunkan piawaian bagi pengurusan sampah dan operasi pengitaran semula; saintis bagi mengkaji mikroorganisma untuk memproses makanan yang dibuang dengan lebih berkesan serta penganalisis bagi mempelajari data yang dikumpulkan.



"Produk dan khidmat masa depan besar kemungkinan mempunyai tumpuan yang kukuh terhadap kemampanan, justeru adalah penting untuk anda belajar dan mempersiapkan diri demi masa depan," kata Encik Masagos.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Hari Belia bagi Sekitaran (YED) di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, semalam.



Pendekatan ekonomi kitaran merupakan sesuatu yang akan dilaksanakan, lebih-lebih lagi memandangkan tahun ini merupakan Tahun Ke Arah Sifar Sampah.



Menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan pendekatan itu, Encik Masagos berkata ia memerlukan pengguna menggunakan dan mengitar semula sesebuah bahan seberapa lama yang boleh, mengubah sampah menjadi sesuatu yang dihargai selain melibatkan diri dalam penghasilan serta penggunaan yang mampan.



Seperti contoh, mencuci tin makanan selepas memakan intinya, dan meletakkannya di tong kitar semula berwarna biru agar ia dapat diproses untuk dikitar semula.



Usaha untuk menjadikan negara sifar sampah juga didorong oleh masalah sampah yang semakin bertambah, mentelah lagi dengan jumlah penduduk yang semakin ramai dan pertumbuhan ekonomi.



"Pada 2018, kita menghasilkan 7.7 juta tan sampah. Ini sama beratnya dengan hampir 530 ribu bas dua tingkat.



"Jika ini berterusan, satu-satunya tapak pelupusan sampah yang kita ada, iaitu di Pulau Semakau, akan ketiadaan tempat menjelang 2035," ujarnya.



Di samping itu, Encik Masagos turut memuji usaha yang dijalankan di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi bagi mengurangkan, menggunakan serta mengitar semula dengan betul.



Antara pelajar yang giat menyumbang kepada usaha ini ialah pelajar tahun kedua di ITE Kolej Central, Muhammad Razin Zuhaily Shahrom, 18 tahun.



Beliau yang aktif dalam kelab menghijau di sekolahnya berkata selain berkebun, kelabnya juga telah pergi ke estet-estet kejiranan untuk mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula selain menggalak penggunaan tiada penyedut di sekolahnya.



"Penting untuk belia seperti saya melibatkan diri dalam usaha menjadikan Singapura sifar sampah kerana jika kita tidak memulakan sekarang, kita khuatir di masa hadapan masalahnya akan bertambah runcing, dengan pemanasan global yang tidak terkawal serta jumlah sampah yang menimbun," ujarnya.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) turut melancarkan Cabaran Menuju Sifar Sampah, di mana sekolah digalak untuk melaksanakan amalan-amalan mesra sekitaran apabila menganjurkan acara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >