Setiap rumah dan syarikat perniagaan akan dapat membeli bekalan tenaga elektrik daripada peruncit. Pasaran Terbuka Bekalan Elektrik (OEM) menyediakan lebih banyak pilihan dan kelonggaran kepada pembeli dengan membeli tenaga elektrik daripada peruncit yang dipilih sendiri ataupun terus membelinya daripada SP Group pada tarif yang dikawal. BERITA HARIAN membentangkan laporan tentang OEM.
PASARAN Terbuka Bekalan Elektrik (OEM) merupakan satu daya usaha oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) yang membolehkan pengguna menikmati lebih banyak pilihan dan fleksibiliti apabila membeli tenaga elektrik.