Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi Singapura tumbuh 1.8% pada Q1, MTI kekalkan ramalan bagi 2016

May 25, 2016 | 12:17 PM



EKONOMI Singapura tumbuh pada kadar sederhana pada suku pertama tahun ini, berkembang 1.8 peratus daripada setahun lalu, tidak berubah daripada anggaran awal dan pertumbuhan pada suku sebelumnya.



Sektor perkilangan Singapura menguncup 1 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga Mac itu, lebih baik daripada anggaran penguncupan 2 peratus pada April.



Tetapi ini diimbangi oleh sektor perkhidmatan yang berkembang 1.4 peratus, lebih rendah daripada anggaran awal 1.9 peratus.



"Prospek ekonomi global semakin lemah sejak awal 2016, dengan pertumbuhan global tahun ini dijangka sama dengan pada 2015," kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan pada Rabu (25 Mei).



"Secara khususnya, prospek pertumbuhan bagi ekonomi maju telah merosot sedikit."



MTI mengekalkan ramalan pertumbuhan 1 hingga 3 peratus bagi ekonomi Singapura tahun ini.



Dari segi suku ke suku, ekonomi suku pertama tahun ini berkembang 0.2 peratus, lebih perlahan daripada pertumbuhan 6.2 peratus pada suku keempat tahun lalu.



Ia hasil pertumbuhan dalam industri kewangan dan insurans, sektor perdagangan borong dan binaan.



MTI menekankan tiga risiko terhadap prospek ekonomi global: kelembapan lebih tajam di China, kenaikan lebih pantas kadar faedah di Amerika Syarikat dan kemungkinan Brexit (Britain keluar daripada zon euro).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >