Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi Singapura tumbuh 2.2% pada suku ketiga, lebih rendah daripada dijangka; pertumbuhan 2018 diramal antara 3% dengan 3.5%

Nov 22, 2018 | 03:30 PM



Ekonomi Singapura tumbuh 2.2 peratus dari tahun ke tahun dalam suku ketiga (Q3), lebih perlahan dari pertumbuhan 4.1 peratus ada suku sebelumnya, dan di bawah anggaran awal pemerintah dan jangkaan pasaran.



Secara keseluruhan, ekonomi negara dijangka tumbuh antara 3.0 peratus dengan 3.5 peratus pada 2018, di julat lebih tinggi ramalan pertumbuhan antara 2.5 peratus dengan 3.5 peratus, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan di Tinjauan Ekonomi Singpaura bagi suku ketiga pada Khamis (22 November).



Mengumumkan ramalan ekonomi rasmi bagi 2019, MTI berkata ekonomi Singapura dijangka tumbuh lebih perlahan, antara 1.5 peratus  dengan 3.5 peratus, sebahagiannya disebabkan konflik perdagangan yang sedang berlangsung antara Amerika dengan China.



Perangkaan bagi Q3 lebih rendah daripada ramalan pertumbuhan bersama sejumlah 2.4 peratus oleh juruanalisis yang ditinjau oleh Bloomberg, dan anggaran awal MTI iaitu 2.6 peratus, dengan  pertumbuhan sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih rendah daripda dijangka.



Dibandingkan dari suku tahun ke suku tahun, ekonomi tumbuh tiga peratus, lebih pantas daripada pertumbuhan satu peratus yang dicapai pada suku kedua.



Bercakap di sidang media di bangunan Treasury pada Khamis, 22 Nov, setiausaha tetap MTI Encik Loh Khum Yean berkata ramalan permintaan luaran ‘sedikit lemah’ pada 209, berbanding tahun ini, dengan risiko ekonomi dunia dianggap menyebabkannya lebih condong kepada ramalan lebih lemah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >