Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi Singapura tumbuh sederhana 2.1% tahun lalu

Jan 04, 2016 | 02:35 PM



EKONOMI Singapura tumbuh sederhana 2.1 peratus tahun lalu, kadar pertumbuhan paling lemah sejak 2009 sedang permintaan global lembap terus menjejas sektor yang bergantung pada eksport, seperti pengilangan.


Demikian menurut anggaran awal yang dikeluarkan pada Isnin (4 Jan) oleh Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI), yang juga menunjukkan ekonomi tumbuh 2 peratus pada suku terakhir 2015, daripada suku terakhir 2014.


Anggaran itu tertakluk pada perubahan memandangkan ia hanya mengambil kira data dua bulan pertama suku keempat.


MTI tidak mengemas kini ramalan bagi 2016, tetapi sebelum ini ia meramalkan ekonomi berkembang antara 1-3 peratus tahun ini.


Angka 2015 itu - yang sejajar dengan jangkaan rasmi - lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi sektor swasta yang ditinjau Reuters, yang meramalkan pertumbuhan suku Oktober hingga Disember menjadi perlahan kepada 1.3 peratus daripada 1.8 peratus pada suku ketiga.


Sektor perkilangan menyusut 4.8 peratus bagi keseluruhan tahun lalu, terjejas oleh kemerosotan pengeluaran elektronik, kejuruteraan pengangkutan dan kejuruteraan jitu.


Pertumbuhan tahun lalu datang terutamanya daripada sektor perkhidmatan, yang membentuk dua pertiga hasil dalam negeri kasar (GDP) dan berkembang 3.6 peratus bagi keseluruhan 2015.


Sektor bina tumbuh 1.1 peratus tahun lalu, berikutan pengembangan 2.2 peratus pada suku keempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >