Ekonomi S'pura suku pertama tumbuh 1.3%
Lebih rendah dari jangkaan pengamat; pertumbuhan didorong industri perkhidmatan
Apr 13, 2019 | 05:30 AM
EKONOMI Singapura tumbuh 1.3 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lebih rendah daripada jangkaan para pengamat.
Ini sekali gus merupakan prestasi pertumbuhan paling lemah dalam masa tiga tahun di tengah-tengah ketegangan dagangan global.