Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi S'pura tumbuh lebih tinggi sedikit - 2.2% - pada suku kedua

Jul 14, 2016 | 09:09 AM



EKONOMI Singapura berkembang 2.2 peratus pada suku kedua tahun ini, lebih tinggi sedikit daripada pertumbuhan 2.1 peratus pada suku pertama, menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) yang dikeluarkan pada Khamis (14 Julai).



Ia sepadan jangkaan penganalisis.



Sektor perkilangan berkembang 0.8 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua April hingga Jun itu, berbanding penguncupan 0.5 peratus pada suku pertama.



Pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan dalam kelompok pengeluaran bioperubatan dan elektronik, kata MTI.



Dari suku ke suku, perkilangan meningkat 0.3 peratus, menyusuli pertumbuhan 18.4 peratus pada suku pertama.



Sektor perkhidmatan tumbuh 1.7 peratus pada suku kedua, sama seperti pada suku pertama. Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh sektor perdagangan borong dan runcit serta pengangkutan dan penyimpanan.



Dalam sektor perdagangan runcit, pertumbuhan disokong oleh jualan kenderaan bermotor yang kukuh.



Dari suku ke suku, sektor perkhidmatan meningkat 0.5 peratus, menterbalikkan penguncupan 4.8 peratus dalam suku sebelumnya.



Sektor binaan berkembang 2.7 peratus tahun ke tahun, susut daripada pertumbuhan 4.5 peratus dalam suku sebelumnya. Ini sebahagian besarnya disebabkan kelembapan dalam pembinaan sektor swasta, kata MTI.



Dari suku ke suku, sektor itu berkembang 0.6 peratus, lebih rendah daripada pertumbuhan 3.5 peratus pada suku pertama.



Anggaran Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) awal itu dikira sebahagian besarnya daripada data dalam tempoh dua bulan pertama suku, iaitu April dan Mei, dan tertakluk pada semakan apabila lebih banyak data menyeluruh boleh didapati.



MTI akan mengeluarkan anggaran awal GDP suku kedua, termasuk prestasi mengikut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, pekerjaan dan produktiviti, dalam Tinjauan Ekonomi Singapura pada Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >