Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi suku keempat S’pura tumbuh 5.9% dan 7.2% pada 2021, lebih baik daripada ramalan

Jan 03, 2022 | 09:45 AM



EKONOMI Singapura tumbuh 7.2 peratus pada 2021, lebih tinggi daripada anggaran awal, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin (3 Jan).



MTI pada November tahun lalu telah meramalkan bahawa hasil dalam negeri kasar (GDP)  pada 2021 akan mencapai sekitar 7 peratus, kadar tertinggi bagi ramalan awal antara 6 peratus hingga 7 peratus, dibantu oleh sektor berorientasikan eksport yang diterajui oleh pembuatan.



Ekonomi menguncup 5.4 peratus pada 2020, mencatatkan kemelesetan terburuk yang pernah berlaku.



Dalam Amanat Tahun Baharunya Jumaat lalu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong berkata ekonomi Singapura dijangka berkembang 3 peratus hingga 5 peratus pada 2022 - mengulangi ramalan MTI.



Anggaran awal pertumbuhan pada suku keempat 2021 mencapai 5.9 peratus pada asas tahun ke tahun, berbanding pertumbuhan 7.1 peratus pada suku tahun sebelumnya.



Pakar ekonomi dalam tinjauan Bloomberg menganggarkan pertumbuhan GDP suku keempat pada 5.1 peratus tahun ke tahun dan pengembangan bagi 2021 pada 7.1 peratus.



Sektor pembuatan berkembang sebanyak 14 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku keempat 2021, lebih cepat berbanding pertumbuhan 7.9 peratus pada suku ketiga.



Sektor pembinaan berkembang sebanyak 2 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku keempat 2021, lebih perlahan daripada pertumbuhan 66.3 peratus pada suku sebelumnya.



Sektor maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans dan perkhidmatan profesional secara kolektif berkembang sebanyak 6 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku keempat 2021, lebih rendah daripada pertumbuhan 8 peratus pada suku sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >