Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekosistem baru bagi sokong masyarakat harungi cabaran

Desmond: COP Inovator Design4Impact wadah bagi warga hasilkan huraian inovatif yang dapat bantu anggota masyarakat
Dec 04, 2021 | 05:30 AM



SATU ekosistem baru merangkumi aspek kesihatan, sosial dan masyarakat telah ditubuhkan demi menggalak warga Singapura menghasilkan bersama huraian inovatif yang dapat membantu anggota masyarakat mengharungi cabaran yang dihadapi dek pandemik Covid-19 dan seterusnya.



Diberi nama Masyarakat Amalan (COP) Inovator Design4Impact, ekosistem tersebut bertujuan memberikan wadah bagi inovator berkumpul dan menggunakan sumber serta rangkaian yang disediakan untuk bertukar-tukar idea yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadikannya satu realiti.



Ia juga akan menyediakan ruang bagi alumni Design4Impact untuk berinteraksi dengan pemain industri pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, khidmat sosial, teknologi dan juga penyelidikan dan pengembangan (R&D) untuk menyumbang kepada projek inovasi termasuk dalam membentuk model perniagaan, memikirkan desain serta membangunkan aplikasi.



COP tersebut ditubuhkan bersama oleh Pejabat bagi Transformasi Jagaan Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOHT), Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), Majlis DesignSingapore (Dsg) dan Institut Sains Sistem di Universiti Nasional Singapura (NUS-ISS).



Dalam ucapannya semasa acara penutup tirai Design4Impact, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang telah melancarkan COP itu semalam, berkata wadah seperti itu boleh memudahkan pertukaran idea dan pengetahuan antara rakan kongsi dalam ekosistem itu.



Ia juga boleh menjadi peluang bagi inovator untuk bertemu pembiaya, mentor dan inkubator yang boleh memacu inovasi mereka ke peringkat yang lebih tinggi, tambah Encik Lee.



"Terdapat beberapa kumpulan dalam (sektor) penjagaan kesihatan, khidmat sosial, teknologi, R&D dan desain yang tertarik untuk meneroka dan membangunkan huraian yang pelbagai dan kami berharap platform ini akan menjadi wadah menyatukan pembiayaan, kepakaran dan sokongan dari sumber berbeza.



"Ini bermakna meskipun seseorang itu bukan antara finalis (pertandingan Design4Impact), mungkin masih ada seseorang yang tertarik dengan konsep yang dibentangkan, dan wadah ini akan membantu mewujudkan hubungan tersebut ke arah kerjasama yang bermakna dan produktif dalam mempraktikkan dan memperluas huraian bagi kesan yang lebih besar," kata Encik Lee.



Antara lain COP tersebut diharap dalam menjadi wadah yang menyatukan inovator, pemimpin sektor dan pakar industri yang prihatin tentang masyarakat untuk membentuk ekosistem di mana pengetahuan dan kemahiran dapat dikongsi.



Selain itu, pihak-pihak berkepentingan sektor berbeza juga diharap dapat bekerjasama untuk mencipta bersama huraian inovatif menggunakan pengetahuan, pendapat dan kaedah berstruktur untuk diperluas pada masa depan.



Sementara itu, bengkel, webinar dan dialog yang bakal diadakan diharap dapat membina keupayaan dalam bidang tertentu untuk menyumbang ke arah inovasi sosial.



Ini termasuk kemahiran memikirkan desain, keupayaan teknologi dan pengurusan sukarelawan.



MOHT dan NCSS juga akan menawarkan kepakaran dalam bidang kesihatan dan penjagaan sosial.



Dalam pada itu, Dsg pula akan menumpukan terhadap keupayaan pemikiran desain, sementara NUS ISS pula menyumbang dalam usaha ke arah inovasi kesihatan bijak dan yang berpandukan manusia bagi kesihatan dan penjagaan sosial.



Design4Impact, yang dimulakan tahun lalu, merupakan wadah inovasi terbuka yang bertujuan menyatukan kumpulan dan individu yang berminat untuk mencipta huraian bagi masalah sosial dan kesihatan yang dihadapi Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >