Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eksekutif Bloomberg bebas daripada tuduhan cabul amah

Dec 09, 2016 | 02:13 PM



SEORANG eksekutif kanan Bloomberg dibebaskan pada Jumaat (9 Disember) daripada tuduhan mencabul bekas pembantu rumah Filipinanya.



Encik Nitin Jaiswal, seorang warga India berusia 44 tahun, didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas pembantu rumah berusia 43 tahun itu dengan mencium bibirnya dan menyentuh buah dadanya di kondominiumnya di Tanjong Rhu Road pada 8 pagi 18 Feb 2015.



Hakim Daerah Salina Ishak berkata terdapat lubang dalam kes kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan. Tetapi akhirnya, dalam kes jenayah, beliau berkata beban membuktikan kes melebihi keraguan munasabah sentiasa terletak pada pihak pendakwaan.



Cik Salina berkata beliau tidak mendapati bukti mangsa "luar biasa meyakinkan" memandangkan ketidakkonsistenan dalaman serta luaran dalam kesaksian.



Beliau bersetuju dengan pembelaan bahawa aspek penting kes pendakwaan bercanggah dengan apa yang pembantu rumah itu beritahu orang lain.



Cik Salina juga mendapati keraguan mencukupi dibangkitkan dalam kes itu, dan tidak berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.



Mahkamah diberitahu bahawa Encik Jaiswal pulang ke Singapura dari Mumbai, India, awal hari itu dan terbang ke Melbourne, Australia, pada hari sama untuk menyertai isteri dan dua anaknya.



Beliau pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Pembantu rumah itu, yang telah bekerja untuk keluarganya selama dua tahun, sendirian di rumah dan kemudian menyediakan beliau teh di ruang tamu.



Pembantu rumah itu mendakwa Encik Jaiswal mencabulnya selepas beliau mengurutnya.



Beliau memberitahu jiran mengenai kejadian itu sehari selepas Encik Jaiswal pulang ke rumah dengan keluarganya pada 24 Feb tahun itu.



Pembantu rumah itu meninggalkan kondominium tersebut tiga hari kemudian bersama pasport dan permit kerjanya semasa keluarga itu tiada di rumah. Beliau membuat laporan polis pada 28 Feb, dengan menyatakan majikannya mencabulinya.



Kes pembelaan ialah pembantu rumah itu membuat dakwaan palsu terhadap Encik Jaiswal kerana didorong wang.



Beliau telah diberi gajinya sebanyak $1,100 terlebih awal sebelum keluarga itu berlepas ke Australia. Pihak pembelaan berhujah pembantu rumah itu merancang mendapatkan lebih banyak wang daripada Encik Jaiswal dengan dakwaan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >