Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Eksploitasi seks anak majikan bawah umur: Amah dijel 18 bulan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Eksploitasi seks anak majikan bawah umur: Amah dijel 18 bulan

Dec 01, 2018 | 05:30 AM

SEORANG pembantu rumah telah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan anak lelaki majikannya yang di bawah umur dan memberitahu kanak-kanak tersebut dia telah merakamkan video mereka melakukan perbuatan seksual.

Menurut laporan The Straits Times (ST), wanita warga India itu mengancam menunjukkan klip video tersebut kepada ibu bapa budak lelaki itu untuk memastikan dia menutup mulut apabila mereka bertelingkah, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chee Ee Ling memberitahu mahkamah semalam.

Pada masa kesalahan dilakukan, budak lelaki tersebut berusia antara 11 dengan 12 tahun.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada pembantu itu memang telah merakamkan video tersebut.

Berikutan perbicaraan selama lima hari, Hakim Daerah Ng Peng Hong mendapati wanita berusia 33 tahun itu bersalah atas empat tuduhan eksploitasi seksual dan satu tuduhan mencemaskan budak lelaki tersebut.

Dia dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan pada 22 November.

Salah seorang peguam belanya, Encik Jonathan Cho dari Covenant Chambers, memberitahu The Straits Times Rabu lalu wanita itu akan mengemukakan rayuan.

Semasa perbicaraan, budak lelaki itu memberi keterangan pembantu rumah itu telah mengeksploitasinya secara seksual beberapa kali apabila dia sendirian di rumah bersamanya sejak Januari 2016.

Menurut dokumen mahkamah, pembantu rumah itu mula melakukan aktiviti seksual dengan terlebih dahulu memberikan isyarat lucah, yang bermaksud hubungan seksual, sebelum berlalu pergi.

Budak lelaki tersebut menerangkan beberapa hari selepas itu, wanita tersebut telah memanggilnya untuk ke dapur dan meminta ciuman di bibir.

Mahkamah diberitahu dia bersetuju kerana didorong rasa ingin tahu.

DPP Chee berkata: "Ciuman yang tidak wajar oleh tertuduh berlaku sekitar sebulan sekali dan tempoh kekerapan ciuman ini mula bertambah."

DPP menambah ciuman berubah menjadi aktiviti seksual yang berbeza.

Budak lelaki itu memberitahu mahkamah pembantu rumah tidak akan memberinya air apabila dia meminta dan mereka akan bertelingkah.

Perbuatan tersebut didedahkan pada 11 Julai 2016 apabila budak lelaki itu menelefon bapanya dan berkata pembantu tersebut hendak memukulnya.

Bapanya terus pulang namun pembantu rumah cuba meyakinkannya tiada apa yang berlaku.

Dia kemudian memberitahu bapa anak itu: "Adakah anda tahu apa yang anak anda lakukan?"

Budak lelaki yang sebelum itu marah langsung senyap dan bapanya sedar ada yang tidak kena dan membawanya ke bilik untuk berbual.

Budak lelaki itu menceritakan apa yang berlaku sambil menangis, dan pihak polis diberitahu lima hari selepas itu.

Peguam bela wanita itu mendakwa budak itu mereka cerita terhadap wanita tersebut kerana takut tindakannya sendiri diketahui.

Wanita itu kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Bagi setiap tuduhan eksploitasi seksual, wanita itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda sehingga $20,000.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3