Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eksploitasi seksual kanak-kanak: 23 lelaki diberkas dalam operasi CID

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 23 lelaki berusia antara 22 dengan 61, telah diberkas oleh polis dalam satu operasi serata pulau yang disasarkan terhadap kegiatan eksploitasi seksual kanak-kanak.



Seorang lelaki berusia 44 tahun juga sedang disiasat, kata polis pada Isnin.



Lelaki-lelaki itu disyaki memiliki, mengagih dan mendapat akses kepada bahan penderaan kanak-kanak, transmisi bahan lucah, dan memiliki filem lucah.



Dalam operasi selama lima minggu, para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) menyerbu beberapa lokasi dan merampas alat-alat elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan cakera keras.



Sesetengah lelaki juga telah dirujuk kepada Bantuan Masyarakat dan Skim Rujukan Home Team (HT Cares), kata polis.



"Para pekerja sosial, juga dikenali sebagai pegawai Cares, akan menjalankan penilaian awal sosial ke atas lelaki-lelaki itu bagi menilai sekiranya pemintasan lanjut diperlukan," kata mereka.



Di bawah inisiatif HT Cares, para pekerja sosial yang ditempatkan di divisyen polis membantu mengenal pasti isu-isu yang menyebabkan pesalah melakukan jenayah dan merujuk mereka kepada agensi yang sesuai bagi membantu dalam bidang seperti bantuan kewangan atau pekerjaan.



Jenayah-jenayah yang dilakukan pesalah termasuk keganasan keluarga, kecurian kedai dan berjudi secara haram, menurut laporan media masa lalu, namun pesalah seks juga dirujuk kepada inisiatif ini agar pekerja sosial boleh menentukan pemintasan paling sesuai buat mereka.



Jumaat lalu, seorang lelaki berusia 30 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan enam minggu selepas mengaku bersalah antaranya bagi kesalahan memiliki pornografi kanak-kanak.



Muhammad Khairy Ariffin telah memiliki akaun Twitter yang mengandungi bahan eksplisit dan membuat 816 video lucah untuk dijual, dan kemudian ditangkap dengan 203 video eksplisit seksual - yang dibuat orang lain - mengenai kanak-kanak.



Pada Disember 2022, seorang remaja 19 tahun mengaku bersalah atas satu kesalahan memiliki bahan penderaan kanak-kanak.



Dia mengakui di mahkamah daerah bahawa dia pernah memiliki sejumlah 1,282 imej serta video eksplisit seksual kanak-kanak.



Dia ditangkap dalam satu serbuan pada April 2020, semasa dia berusia 16 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >