Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eksport bukan minyak Mei naik lebih pantas

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



EKSPORT domestik bukan minyak (Nodx) Singapura tumbuh pada kadar lebih pantas pada Mei berbanding bulan sebelumnya, dirangsang oleh kiriman elektronik dan bukan elektronik seperti permesinan dan kimia.



Menurut perangkaan oleh Enterprise Singapore (ESG), Nodx tumbuh 8.8 peratus bulan lalu, berikutan pertumbuhan 6 peratus pada April, sekali gus meneruskan trend pertumbuhan positif sejak Disember tahun lalu.



Namun pertumbuhan eksport yang dicatatkan pada bulan lalu adalah lebih rendah daripada ramalan pertumbuhan 16 peratus yang dijangkakan oleh para pengamat.



Perangkaan menunjukkan eksport produk elektronik berkembang 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, lebih tinggi berbanding kenaikan 10.9 peratus pada April.



Kiriman diod dan transistor melambung sebanyak 53.9 peratus manakala peralatan telekomunikasi melonjak 52.3 peratus - menyumbang sebahagian besar daripada pertumbuhan dalam eksport elektronik.



Eksport bukan elektronik pula berkembang 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut kenyataan ESG.



Ini berbanding pertumbuhan 4.7 peratus pada April.



Kimia asas menerajui pertumbuhan bukan elektronik, melambung sebanyak 96.8 peratus, permesinan khas meningkat 58 peratus dan petrokimia melonjak 55.7 peratus.



Bulan lalu, ramalan rasmi bagi eksport utama Singapura dan dagangan barangan keseluruhan dinaikkan, di tengah-tengah pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan pada suku pertama tahun ini.



Nodx dijangka tumbuh di antara 1 peratus dengan 3 peratus bagi 2021, lebih tinggi daripada lingkungan 0 peratus dengan 2 peratus.



Sementara itu, jumlah perdagangan dijangka meningkat di antara 5 peratus dengan 7 peratus, lebih tinggi berbanding ramalan 2 peratus hingga 4 peratus pada Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >