Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eksport bukan minyak SG tumbuh 9% bulan lalu

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



EKSPORT utama Singapura mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan bulan lalu, setelah meningkat sebanyak 12 peratus pada Mei, menurut perangkaan dikeluarkan oleh Enterprise Singapore (EnterpriseSG) semalam.



Eksport domestik bukan minyak (Nodx) meningkat 9 peratus bulan lalu berbanding setahun lalu. Ia merupakan pertumbuhan bagi bulan ke-19 berturut-turut.



Angka itu mengatasi ramalan pertumbuhan 6.1 peratus penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg.



Penghantaran elektronik meningkat 4.1 peratus pada Jun, menjunam dengan ketara berbanding pertumbuhan 12.9 peratus pada Mei.



Litar bersepadu (IC), bahagian IC dan pemacu cakera menyumbang paling banyak kepada pertumbuhan dalam Nodx elektronik.



Nodx bukan elektronik meningkat sebanyak 10.6 peratus bulan lalu, berikutan kenaikan 11.7 peratus pada Mei.



Penyediaan makanan, petrokimia dan alat pengukur menyumbang paling banyak kepada pertumbuhan Nodx bukan elektronik.



Pada asas pelarasan musim, Nodx meningkat sebanyak 3.7 peratus bulan ke bulan pada Jun, selepas kenaikan 2.8 peratus pada Mei, untuk mencapai $17.7 bilion.



Bagi Nodx ke 10 pasaran teratas Singapura pula, eksport ke Amerika Syarikat meningkat semula, melonjak 21.5 peratus, selepas jatuh 9.6 peratus pada Mei.



Eksport ke China berkembang lebih pantas, meningkat 4.8 peratus pada Jun sedang pelonggaran sekatan Covid-19 di Shanghai terus memacu pemulihan dalam penghantaran.



Malaysia dan Indonesia terus menjadi antara pasaran eksport utama bagi Singapura, tetapi Thailand jatuh, dengan eksport ke negara itu menyusut 4.1 pada Jun setelah pertumbuhan 28.8 peratus pada bulan sebelumnya.



Eksport Singapura ke Korea Selatan, Hong Kong dan 27 negara dalam Kesatuan Eropah (EU) terus jatuh.



Eksport ke EU jatuh 16.4 peratus pada Jun, dengan pengukuhan dolar Singapura berbanding euro bakal menjadikan eksport negara ini ke sana lebih mahal.



Berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, jumlah perdagangan meningkat 31 peratus pada Jun, berikutan perkembangan 32.1 peratus pada Mei.



Jumlah eksport berkembang sebanyak 29.5 peratus, manakala jumlah import meningkat sebanyak 32.5 peratus.



EnterpriseSG menjangkakan Nodx berkembang 3 peratus hingga 5 peratus bagi keseluruhan 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >