EKSPORT utama Singapura mencatat pertumbuhan lebih perlahan bulan lalu (Jun), setelah meningkat sebanyak 12 peratus pada Mei, demikian menurut perangkaan dikeluarkan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Isnin (18 Julai).
Eksport domestik bukan minyak (NODX) meningkat 9 peratus bulan lalu berbanding setahun lalu. Ia merupakan pertumbuhan bulan ke-19 berturut-turut.
Angka itu mengatasi ramalan pertumbuhan 6.1 peratus penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg.
Bagi NODX ke 10 pasaran teratas Singapura, eksport ke Amerika Syarikat meningkat semula, melonjak 21.5 peratus, selepas jatuh 9.6 peratus pada Mei.
Eksport ke China berkembang lebih pantas, meningkat 4.8 peratus pada Jun sedang pelonggaran sekatan Covid-19 di Shanghai terus memacu pemulihan dalam penghantaran.
Malaysia dan Indonesia terus menjadi antara pasaran eksport utama Singapura, tetapi Thailand jatuh, dengan eksport ke negara itu menyusut 4.1 pada Jun setelah pertumbuhan 28.8 peratus pada bulan sebelumnya.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Eksport bukan minyak SG tumbuh 9% pada Jun
Jul 18, 2022 | 08:22 PM