Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Eksport bukan minyak Singapura jatuh 15.6%, lebih teruk daripada ramalan

Apr 18, 2016 | 12:58 PM

KEMEROSOTAN eksport Singapura semakin teruk dalam satu lagi tanda kelembapan permintaan global.

Eksport domestik bukan minyak (NODX) pada Mac susut 15.6 peratus, lebih teruk daripada ramalan, berbanding setahun lalu kerana permintaan elektronik dan bukan elektronik berkurangan, umum International Enterprise (IE) Singapore pada pagi Isnin (18 April).

Penganalisis yang ditinjau Reuters menjangka NODX Mac jatuh 13.2 peratus.

Pada Februari, NODX meningkat 2 peratus daripada setahun lalu, dibantu oleh peningkatan dalam penghantaran sektor farmaseutikal.

Dari segi bulan ke bulan, NODX Mac meningkat 0.2 peratus, berbeza daripada kemerosotaan 4.2 peratus pada bulan sebelumnya. Ini disebabkan pengembangan dalam penghantaran bukan elektronik, yang mengatasi penguncupan jualan elektronik. Namun, ia kurang daripada peningkatan 2.3 peratus yang diramal penganalisis.

Dari segi tahun ke tahun, NODX ke semua 10 pasaran utama Singapura, kecuali Jepun dan Hong Kong, berkurangan pada Mac. Penguncupan terbesar dilihat dalam EU 28 (-39.1 peratus), China (-14.1 peratus) dan Indonesia (-20.2 peratus).

Penghantaran barangan elektronik, kunci sektor eksport Singapura, menguncup 9.1 peratus pada Mac, berbanding pengembangan 0.7 peratus pada bulan sebelumnya.

NODX bukan elektronik jatuh 18 peratus, berbeza daripada pertambahan 2.6 peratus pada Februari.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3