Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONOMI & KERJA

Eksport domestik bukan minyak tumbuh 12.3% bulan lalu

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



EKSPORT domestik bukan minyak (Nodx) Singapura tumbuh lebih pesat bulan lalu berbanding Ogos, didorong oleh pertumbuhan kiriman elektronik dan bukan elektronik.



Nodx meningkat 12.3 peratus bulan lalu, meningkat untuk bulan ke-10 berturut-turut, berikutan kenaikan 2.7 peratus pada Ogos, kata Enterprise Singapore (ESG) semalam.



Pertumbuhan pada Ogos itu adalah yang paling perlahan sejak November tahun lalu.



Pertumbuhan berbanding setahun lalu pula adalah lebih tinggi berbanding ramalan 8.4 peratus oleh ahli ekonomi dalam tinjauan Bloomberg.



Diselaraskan mengikut musim, Nodx meningkat 1.2 peratus bulan lalu berbanding Ogos, setelah penurunan 3.5 peratus pada Ogos, data ESG menunjukkan.



Kiriman produk elektronik meningkat 14.4 peratus bulan lalu berbanding setahun lalu, setelah meningkat sebanyak 16.7 peratus pada Ogos.



Dalam sektor ini, eksport litar bersepadu (IC) meningkat sebanyak 7 peratus, sementara komputer peribadi dan peralatan telekomunikasi masing-masing melonjak 45.4 peratus.



Ketiga-tiga segmen menyumbang paling banyak kepada pertumbuhan Nodx elektronik pada September.



ESG berkata eksport elektronik terus meningkat, didorong terutamanya oleh IC di tengah-tengah permintaan semikonduktor global yang kuat.



Kiriman produk bukan elektronik meningkat 11.7 peratus bulan lalu berbanding setahun lalu, setelah kemerosotan 1.4 peratus pada bulan Ogos.



Bagi eksport bukan elektronik pula, petrokimia mendahului dengan kenaikan 52.8 peratus, mesin khusus (34.9 peratus) dan farmaseutikal (27.3 peratus).



Nodx ke pasaran tertinggi secara keseluruhan meningkat bulan lalu, walaupun eksport ke Kesatuan Eropah, Malaysia dan Thailand merosot.



Penyumbang terbesar kepada kenaikan Nodx ialah China, diikuti oleh Amerika Syarikat dan Korea Selatan.



Jumlah perdagangan tumbuh sebanyak 18.7 peratus bulan lalu, berbanding pertumbuhan sebanyak 19.8 peratus pada Ogos.



Jumlah eksport meningkat 18.7 peratus, sementara jumlah import juga meningkat 18.7 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >