Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Elak 5 produk mengandungi bahan terlarang: HSA

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



LIMA produk yang dijual di dalam talian didapati mengandungi bahan murah yang 'kuat' (potent), termasuk sibutramine yang diharamkan.



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengeluarkan nasihat semalam untuk memberitahu orang ramai supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk-produk tersebut.



Ia termasuk 'X-Gout', 'dcr Natural Herbs Honey Enzyme', 'KMS2 Dark Chocolate Mocha Botanical Beverage' 'Speedy Slim Capsules (Black)' dan 'Speedy Slim Capsules (Gold)'.



HSA berkata ia telah menguji produk-produk tersebut dan mendapati bahan-bahan murah yang 'kuat' termasuk bahan perubatan dan sibutramine yang diharamkan.



Bahan-bahan itu telah menyebabkan kesan sampingan teruk kepada pengguna.



Menurut HSA, produk-produk itu dijual di platform e-dagang dan media sosial.



Dalam kenyataannya, HSA berkata, seorang wanita berusia 40-an tahun yang telah memakan 'X-Gout'



selama setahun menghidapi sindrom Cushing, keadaan mengancam nyawa yang disebabkan steroid.



Kawan wanita itu telah membeli produk tersebut di Shopee Malaysia dan menggalakkan beliau memakannya bagi merawat sakit lututnya.



Namun, sebaliknya, berat badan beliau naik 22 kilogram dalam beberapa bulan dan beliau mula sesak nafas.



'X-Gout' didapati mengandungi empat bahan perubatan - dexamethasone, sejenis steroid; indomethacin, piroxicam, dan paracetamol.



Seorang lelaki berusia 40-an tahun juga menghidap sindrom Cushing setelah mengambil 'dcr Natural Herbs Honey Enzyme' selama sekitar enam bulan.



Apabila berhenti menggunakan produk itu, beliau mengalami gejala seperti hilang selera makan, tahap tenaga yang lebih rendah dan ruam pada badannya.



Sementara itu, HSA telah mengesan dan merampas 'Speedy Slim Capsules (Black)' dan 'Speedy Slim Capsules (Gold)' setelah menerima maklum balas daripada orang ramai bahawa terdapat produk cepat kurus tidak disahkan yang dijual di Instagram.



Kedua-dua produk itu diuji dan didapati mengandungi jumlah tinggi sibutramine yang diharamkan sejak 2010 setelah didapati meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.



Dalam pada itu, semua penjual dan pengedar kelima-lima produk tersebut diarahkan berhenti menjualnya dengan serta-merta.



Mereka yang didapati bersalah menjual produk-produk itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda sehingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >