Elak beraya di Koswe
Bagi mereka yang berhasrat bertandang ulang-alik antara Singapura dengan Malaysia pada hujung minggu ini, bersiaplah menghadapi kesesakan lalulintas di pusat imigresen/kastam Woodlands dan Tuas. Wartawan A. RAHMAN BASRUN dan artis grafik HAZAMI HAMIDON memberanikan diri merentasi Koswe kelmarin untuk menyelongkar rahsia mengatasi kesesakan itu.
Jul 15, 2015 | 05:30 AM
SOALAN cepumas: jika anda kepingin pergi ke Johor Bahru/Malaysia hujung minggu ini, bagaimanakah nak elak sesak di Koswe nanti?
Maklumlah, cuti umum Raya tahun ini panjang sekali - selama tiga hari!