Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Elak kongsi berita palsu berkaitan pelaburan Bitcoin, kata Polis

Apr 29, 2020 | 09:32 PM

POLIS telah memberi amaran pada Rabu (29 April) bahawa berita di Facebook (FB) yang menarik orang untuk melaburkan wang dalam program perdagangan Bitcoin secara automatik, bahkan yang menampilkan Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat juga adalah berita palsu.

Dalam satu kenyataan, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata, sepanjang bulan April, terdapat tiga jenis pos FB itu yang memaparkan Encik Heng dan berita palsu itu bertujuan untuk menipu orang ramai bahawa ia merupakan satu program pelaburan yang bakal menawarkan pendapatan tinggi.

Tambah Polis, artikel tersebut merupakan iklan dalam talian yang telah dibayar, dan apabila seorang pengguna melungsuri alamat yang dipaparkan iklan itu, mereka akan dibawa ke laman lain yang menawarkan khidmat pelaburan dalam kriptowang  dan/atau produk kewangan lain.

"Mereka yang memberi maklumat kontak mereka dalam laman itu sering akan menerima panggilan yang memasarkan pelaburan tersebut. Bagi mereka yang bercadang untuk melabur, mereka akan disuruh untuk memindahkan wang ke satu akaun bak luar negara atau membuat bayaran dengan menggunakan kartu kredit mereka," kata Polis.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3