Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: FOKUS: WARGA SINGAPURA

Elak pembaziran agih bantuan makanan kepada golongan memerlukan

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



DEMI memastikan mereka yang memerlukan boleh mendapatkan makanan dan untuk mengelakkan pembaziran makanan, Cik Azlina Ahmad telah memulakan satu inisiatif baru pada Ogos tahun lalu untuk menolong golongan itu.



Cik Azlina, 40 tahun, memulakan inisiatif dipanggil Pop-Up Grocery yang membolehkan sesiapa saja menyumbang makanan yang kemudiannya boleh diambil mereka yang memerlukan.



"Semasa saya membantu menghantar seorang mak cik ini dari pusat dialisis ke rumahnya tiga kali seminggu, saya perhatikan beliau simpan banyak barang makanan yang diberi orang lain di rumah. Mak cik itu tinggal bersendirian dan ada tiga, empat paket beras di rumahnya. Saya pun cakaplah 'Makcik, banyaknya beras! Macam mana nak habis?'.



"Biasanya apabila mereka menerima sumbangan barang keperluan daripada pertubuhan dan masyarakat, mereka menerima barang makanan biasa dan ada yang mungkin tidak suka dengan makanan itu dan menyimpannya sahaja. Ia akan terbazir jika tarikh makanan itu luput.



"Dari situlah mulanya idea ini. (Menerusi inisiatif Pop-Up Grocery ini) mereka boleh menyumbang barang runcit di gerai pop-up dan individu boleh mengambil apa yang mereka perlukan," kata beliau, yang merupakan pengasas SmilesSalamSg, iaitu sebuah kumpulan sukarelawan yang membantu masyarakat.



Cik Azlina berkata barang makanan itu disumbang pelbagai pihak, termasuk keluarganya sendiri, penduduk, rakan-rakan, sukarelawan, dan benefisiari.



Setiap dua minggu pada hari Ahad, gerai Pop-Up Grocery itu akan diadakan di Bedok. Sejauh ini, sekitar 170 orang datang ke gerai itu setiap kali ia diadakan.



Selain mengadakan inisiatif itu di Bedok, Cik Azlina juga memulakannya sebulan sekali di Yishun, Tampines dan Macpherson.



Beliau telah mendapatkan sokongan pendanaan sekitar $10,000 di bawah Dana Singapura Kita yang menyokong projek hasil usaha warga Singapura yang bertujuan membina identiti nasional atau memenuhi keperluan sosial dan masyarakat.



Dalam usaha menyediakan bantuan lebih menyeluruh, SmilesSalamSg juga bekerjasama dengan inisiatif #KampungKakis, yang memadankan sukarelawan dengan warga emas atau keluarga yang kurang bernasib baik di kawasan kejiranan yang sama untuk membantu dalam keperluan mereka.



Cik Azlina berkata beliau rasa tersentuh melihat bagaimana inisiatif Pop-Up Grocery yang dimulakan beliau itu telah dapat membantu bukan saja benefisiari yang boleh mendapatkan makanan, malah memberi peluang kepada sukarelawan melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan mereka.



"Inisiatif ini sungguh bermakna kerana ia juga memberi peluang kepada kami untuk meneroka cara baru mendekati kumpulan berpendapatan rendah dan warga emas.



"Saya berharap kami dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara serupa dalam kawasan kejiranan mereka, dan untuk mempunyai sifat belas ihsan dan ambil berat antara satu sama lain," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >