Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Elaun latihan SGUnited ditambah

Elaun bulanan lebih tinggi bagi individu pertengahan kerjaya, pelajar di bawah inisiatif SGUnited mulai 1 April
Mar 04, 2021 | 05:30 AM



MULAI 1 April, individu pertengahan kerjaya serta pelajar yang baru tamat pengajian dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik yang sedang menjalani latihan di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited akan mendapat elaun latihan bulanan lebih tinggi.



Peserta Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited berusia 40 tahun dan ke atas akan mendapat elaun latihan hingga $3,800 - berbanding $3,000 sekarang.



Pertubuhan yang menawarkan latihan itu pula hanya akan membayar 10 peratus daripada elaun itu, berbanding 20 peratus sekarang, dengan bakinya dibiayai pemerintah.



Sementara itu, lulusan ITE dan politeknik yang baru tamat pengajian dan menyertai Program Pelatih SGUnited pula akan mendapat elaun latihan antara $1,800 hingga $2,100 - berbanding antara $1,500 dengan $1,800 sekarang.



Ini diumumkan di perbahasan Belanjawan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Pemerintah telah memperuntuk dana tambahan $5.4 bilion bagi Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited untuk menyokong pengambilan 200,000 pekerja setempat menerusi Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) yang dilanjutkan serta menawarkan 35,000 peluang program pelatih, penempatan kerja dan latihan tahun ini.



Tanpa JGI yang mempercepat prosesnya, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata usaha menyalurkan pekerja menyertai firma dan industri yang kian berkembang dijangka lebih perlahan.



Dengan JGI yang dilanjutkan hingga hujung September itu, syarikat yang menggajikan pekerja setempat yang layak akan menerima sokongan gaji hingga 12 bulan bermula bulan mereka diambil bekerja dan sokongan gaji hingga 18 bulan bagi pekerja matang, individu kurang upaya dan bekas pesalah.



"Kami akan menilai apa yang diperlukan selepas September," ujar Cik Teo.



Selain menjamin pemulihan pasaran pekerjaan dengan usaha menyokong majikan mengambil pekerja setempat, beliau turut menggariskan dua lagi keutamaan MOM, iaitu membantu setiap segmen tenaga kerja bangkit lebih kukuh dan menyokong transformasi perusahaan.



Sebagai sebahagian usaha memperluas sokongan bagi pekerja bergaji rendah misalnya, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Zaqy Mohamad mengumumkan bahawa Model Gaji Progresif (PWM) akan dilanjutkan untuk meningkatkan gaji sekitar 80,000 pekerja setempat dalam sektor khidmat makanan dan runcit.



"Sektor ini merupakan antara sektor yang mempunyai jumlah terbesar pekerja bergaji rendah," ujarnya.



Dalam pada itu, Cik Teo berkata langkah menaikkan usia persaraan daripada 62 kepada 63 tahun dan usia pengambilan semula pekerja daripada 67 kepada 68 tahun akan diteruskan seperti yang dirancang mulai 1 Julai 2022.



"Bagi golongan lanjut usia, adalah adil jika mereka mempunyai peluang bekerja lebih lama.



"Ini akan membantu mereka mengumpul lebih banyak (simpanan) bagi persaraan mereka," ujar beliau.



Tambahnya, kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pekerja warga emas juga akan dinaikkan mulai 1 Januari 2022.



Sebagai sebahagian usaha menyokong transformasi perusahaan pula, hampir $10 juta akan diperuntuk sepanjang dua tahun mendatang untuk menghasilkan Perancangan Perubahan Pekerjaan (JTM) termasuk dalam bidang sumber manusia, logistik, runcit dan pelancongan.



Menyifatkan tahun 2020 sebagai luar biasa, Cik Teo berkata Singapura mencatat penguncupan pekerjaan terbesar tahun lalu dalam beberapa dekad disebabkan tenaga kerja asing.



Namun sejak permulaan tahun ini, kadar pekerjaan di kalangan penduduk pulih ke paras lebih sedikit berbanding paras sebelum Covid- 19.



Tambahnya, kemajuan juga dicatat dalam usaha MOM menangani penularan Covid-19 di dormitori pekerja asing dan meningkatkan piawaian serta kesejahteraan pekerja itu.



Menteri Kedua Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, mengumumkan bahawa pemerintah juga akan menyemak skop Akta Dormitori Pekerja Asing (Feda) agar ia merangkumi semua dormitori tanpa mengira saiz dan pengawalan semua dormitori akan terangkum di bawah satu undang-undang sama.



Selain itu, beliau turut mengumkan pembentukan sebuah pusat sehenti untuk menyambut pekerja asing bagi merintis satu proses menyambut pemegang permit kerja dan Pas S dalam sektor binaan, marin dan proses (CMP) yang memasuki Singapura, dengan menyepadukan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), pemeriksaan perubatan yang dipertingkat dan orientasi yang perlu dijalani pekerja tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >