Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ELD beri perincian aturan undian pos di luar negara buat warga S'pura

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura di luar negara, yang mengundi melalui pos dalam pilihan raya akan datang, akan mendapat pengesahan bahawa sampul surat mereka telah diterima, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) semalam.



Setiap sampul surat akan mempunyai kod QR unik yang tidak mengandungi maklumat peribadi dan hanya sampul surat dengan kod QR yang sah akan diterima.



Ini memastikan hanya satu kertas undi melalui pos daripada setiap pengundi luar negara yang berdaftar akan dikira, kata ELD.



Jabatan itu berkata demikian dalam satu kenyataan semalam, yang memberi kemas kini kepada maklum balas yang dikumpul mengenai pengaturan pengundian baru yang telah ia usulkan Mei lalu untuk pengundi di luar negara dan mereka yang berada di rumah jagaan.



Mei lalu, ELD berkata ia merancang untuk melancarkan undian melalui pos bagi pilihan raya presiden yang dijangka diadakan menjelang September tahun depan.



Sejumlah 13 parti politik dan 39 pengendali rumah jagaan serta hampir 3,300 warga Singapura di luar negara dan orang ramai telah memberi maklum balas, kata ELD.



Satu tinjauan dalam talian ke atas warga Singapura di luar negara memperoleh 3,221 maklum balas daripada 64 negara, tambahnya.



Jabatan itu berkata 82 peratus responden tinjauan dalam talian itu menyokong undian melalui pos.



Di kalangan 1,771 responden yang tidak pernah mengundi semasa tinggal di luar negara, 83 peratus berkata mereka bersedia untuk mengambil bahagian dalam pengundian melalui pos.



Bagaimanapun, responden menyatakan keprihatinan seperti keselamatan undian - seperti kiriman yang hilang, rosak atau tertangguh, ketelusan proses dan kemudahan serta kos pengundian melalui pos.



ELD berkata selain menghendaki pengundi untuk log masuk ke Perkhidmatan Pengundi ELD menggunakan Singpass untuk mengesahkan identiti dan memuat turun sampul surat dan kertas undi, terdapat perlindungan tambahan.



Selain kod QR yang unik, teknologi akan digunakan untuk mengesahkan tandatangan dakwat basah pada sampul surat terhadap tandatangan spesimen yang diberikan terlebih dahulu semasa pendaftaran untuk pengundian di luar negara.



Mengenai ketelusan, ELD berkata ia akan menjelaskan kriteria penolakan sampul surat dalam perundangan.



Sementara itu, di rumah jagaan, ELD berkata petak mengundi mudah alih akan disediakan untuk pengundi menanda kertas undi mereka secara sulit, dilindungi oleh bahagian depan dan tepi petak itu.



Ia juga akan menyediakan garis panduan yang jelas tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kakitangan rumah jagaan.



Jika pengundi secara fizikal tidak dapat menanda kertas undi, beliau boleh meminta pegawai pilihan raya untuk membantunya berbuat demikian, sama seperti yang dilakukan di pusat mengundi biasa. Pegawai pilihan raya kedua akan menyaksikan proses itu.



ELD juga akan mengendalikan pengundi rumah jagaan yang mungkin tidak mempunyai keupayaan mental untuk mengundi dengan cara yang sama kepada pengundi di pusat mengundi biasa.



Sebagai contoh, pengundi tidak akan diberikan kertas undi jika beliau tidak menjawab permintaan berulang kali oleh pegawai pilihan raya untuk dokumen pengenalan diri dan kad pengundian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >