Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ELD buka tender untuk 150 petak mengundi

Sep 11, 2019 | 08:57 PM



JABATAN PILIHAN RAYA (ELD) ingin memperolehi sekurang-kurangnya 150 petak mengundi, menurut dokumen tender yang dilihat oleh akhbar The Straits Times (ST).



Petak mengundi itu hendaklah dibekalkan selewatnya pada 31 Oktober, menurut tender pada portal pemerolehan pemerintah GeBIZ yang diterbitkan pada Selasa (10 September).



Walaupun dokumen itu tidak menetapkan bila kontrak itu akan diberikan, ia berkata petak mengundi itu perlu dihantar dalam tempoh enam minggu selepas kontrak itu dimeterai.



Pembekal perlu mengemukakan tawaran mereka melalui GeBIZ selewatnya Khamis depan (19 September).



Petak mengundi itu perlu terdiri, antara lain, daripada tiang yang berdiri tegak serta sebuah meja yang boleh dibuat tulis.



Kededua bahagian itu hendaklah berwarna putih yang sama, tanpa sebarang tombok yang berlainan warna, menurut dokumen itu.



Bahagian meja perlu setinggi 1m dan tiang tegak itu pula harus setinggi 1.75m.



Bahagian-bahagian itu perlu diperbuat daripada papan beralun atau papan yang diperbuat daripada bahan lain, namun mesti tetap mesra alam.



Petak mengundi itu mesti boleh dipasang dalam satu minit.



Walaupun dokumen tender tersebut menyatakan kuantiti yang diperlukan hanya sebanyak 150 buah, terdapat pilihan lain yang meminta antara 50 hingga 350 petak mengundi.



Pembukaan tender tersebut berikutan pengumuman pada Rabu (4 September) bahawa Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) telah dibentuk, satu langkah yang secara rasmi memulakan proses yang memberi petanda bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang.



Pilihan raya mesti diadakan selewatnya pada April 2021.



Jabatan Pilihan Raya telah membuat permintaan lain berkenaan tender beberapa bulan kebelakangan ini.



Pada 23 Ogos, ia meletakkan tender untuk pembekalan komputer, termasuk komputer riba.



Tarikh tutupnya adalah pada 2 September, namun tender itu masih belum lagi diberikan kepada sebarang syarikat.



Pada Jun, satu lagi tender dibuat untuk perkhidmatan pengangkutan bas untuk pilihan raya, termasuk perkhidmatan antara lokasi seperti pusat pencalonan dan kawasan mengundi.



Kontrak itu telah diberikan kepada syarikat ComfortDelGro Bus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >