Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Electrolux tarik balik 2 lagi model dapur gas kaca

Jan 10, 2017 | 02:10 PM



DUA lagi model dapur gas kaca Electrolux ditarik balik atas sebab-sebab keselamatan.



Model dapur gas kaca jenis Flexi itu ialah EGT9038CKP dan EGT8028CKP.



Empat model ditarik balik Jumaat (6 Jan) lalu - EGT9637CKP, EGT7637EGP, EGT7637CKP dan EGT7627CKP.



Electrolux menawarkan pelanggan terjejas sama ada cek $700 atau $800, bergantung pada model dapur gas mereka, atau dapur gantian, kata syarikat itu dalam satu kenyataan media pada Selasa (10 Jan).



Ia juga memberi setiap pelanggan baucar $100 sebagai "tanda muhibbah".



Electrolux menarik balik produk tersebut berikutan laporan pelanggan bahawa kaca dapur gas mereka pecah dan letupan kecil berlaku apabila ia digunakan.



Sekitar 5,800 rumah terjejas oleh penarikan balik itu.



Sekurang-kurangnya seorang pengguna melecur akibat kejadian itu, kata pihak berkuasa keselamatan di sini, Spring Singapore, yang menasihatkan pengguna yang membeli model terjejas antara 2014 dan tahun lalu supaya berhenti menggunakannya dengan segera.



Electrolux berkata ini bukan kes "kelemahan produk" kerana model produk itu disahkan dan mematuhi undang-undang dan peraturan di Singapura.



Pengguna yang telah membeli sembarang daripada enam model dapur gas kaca itu boleh menghantar e-mel ke customer-care.sin@electrolux.com atau hubungi 6727-3613 atau 6727.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >