Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH PLANET MUZIK 2017

Ella raih anugerah khas, Maher Zain pun disanjung

Oct 15, 2017 | 05:30 AM



REZEKI mencurah-curah dalam bentuk anugerah jatuh ke tangan Ratu Rok Malaysia, Ella Aminuddin, tahun ini.



Selepas dinobat pemenang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 dan meraih Anugerah Asean (Artis Tahunan Terbaik) di Anugerah Perniagaan Asean, Ella merangkul pula Anugerah Khas Planet Muzik 2017.



Beliau yang terkenal dengan lagu Gemilang, Layar Impian dan Permata Biru menerima penghormatan tertinggi itu di majlis gilang-gemilang Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 yang berlangsung di Teater MES, Mediacorp semalam.



Sebanyak 19 anugerah disampaikan di acara anjuran saluran televisyen Mediacorp Suria serta stesen radio Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM.



Sebagai pencorak trend buat wanita penggemar rok, Ella, 51 tahun, yang terkenal dengan persembahan bertenaga, bersikap manja dan rendah hati diiktiraf atas sumbangan tiga dekad kepada persada hiburan serantau.



Mengulas, Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp, Cik Zakiah Halim, berkata:



"Anugerah Khas Planet Muzik diberikan kepada Ella bagi mengiktiraf sumbangan seni selama tiga dekad.



"Kami juga meraikan Ella yang telah memperjuang lagu-lagu rok sehingga meletakkan beliau sebagai Ratu Rok Nombor 1 dalam industri muzik Melayu di Nusantara ini. Keunggulan Ella sebagai Diva Rok tiada tandingan."



Ella, yang terharu diberi pengiktirafan sehingga ada peminat yang menyifatkan 2017 sebagai 'tahun gemilang Ella', pula memberitahu:



"Saya teruja dapat terus kekal relevan dalam industri yang pesat berubah selama 30 tahun. Tiada jalan pintas mengecapi kejayaan. Buat sungguh-sungguh dengan keikhlasan hati. Jangan mudah patah semangat dan usahakan sesuatu yang baru demi peminat."



Selain konsert laris di Singapura sempena Pesta Raya Julai lalu, Ella muncul dengan album baru Peace.Love.Rindu baru-baru ini.



Penyanyi, penggubah lagu kerohanian dan penerbit keturunan Lebanon, Maher Zain, yang lahir dan berpangkalan di Sweden, pula menerima Anugerah Rentas Planet 2017.



Kata Cik Zakiah:



"Anugerah Rentas Planet mengiktiraf karyawan muzik yang memperjuang muziknya di persada antarabangsa.



"Maher Zain telah membawa muziknya 'mengembara' dari Timur Tengah ke Eropah dan hingga ke rantau Asia.



"Menerusi lagu-lagu yang dialih bahasa kepada bahasa Melayu, beliau telah mengangkat bahasa Nusantara ke mata dunia. Beliau diiktiraf kerana karya seninya merentasi sempadan bahasa dan bangsa."



Maher, 36 tahun, yang mencipta fenomena dengan lagu Inggeris Insha Allah, yang kini diterjemahkan ke dalam bahasa, Melayu, Arab, Turkey dan Perancis, berkata:



"Saya mensyukuri anugerah ini kerana ia mendorong saya menyebar pengamatan tentang kemanusiaan merentas sempadan bahasa, kaum dan negara. Alhamdulillah, kawasan Nusantara menerima saya dengan baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >