Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EMA bekerja rapat dengan peruncit elektrik dijejas pasaran tidak menentu, jamin bekalan tidak terganggu

Oct 16, 2021 | 03:11 PM



Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berkata pada Sabtu (16 Oktober) bahawa ia sedang bekerja rapat dengan peruncit elektrik yang berdepan cabaran di tengah-tengah apa yang disifatkan sebagai ‘keadaan luar biasa’ dalam pasaran tidak menentu dan kos minyak yang melambung secara global. 



Bekalan elektrik bagi semua pengguna tidak akan terjejas sedang peruncit menimbangkan untuk menggantung atau menghentikan operasi, tegas EMA. 



Bagi peruncit yang merancang meneruskan operasi, pengawal industri sedang membantu untuk melindungi mereka daripada ketidaktentuan harga pada masa depan.



Sementara mereka yang akan menggantung operasi, EMA terbuka untuk membenarkan mereka berbuat demikian dengan memindahkan pelanggan mereka kepada pengendali grid nasional, SP Group.



Peruncit yang menghentikan operasi sepenuhnya juga akan memindahkan pelanggan mereka kepada SP Group dan EMA akan memastikan peralihan yang lancar untuk mereka. 



Kenyataan EMA itu dikeluarkan selepas dua peruncit bebas, iSwitch dan Ohm Energy, mengundurkan diri dari pasaran elektrik terbuka masing-masing dalam masa tiga hari dan menukil sebab pasaran tidak menentu dan pelan harga yang tidak bertahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >