Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EMA mahu lancar kajian nilai potensi jana tenaga geoterma di S’pura

Sep 04, 2023 | 08:10 PM



Satu kajian seluruh negara bakal dilancar untuk menilai sama ada Singapura boleh memanfaatkan tenaga geoterma untuk menghasilkan kuasa elektrik serta mengenal pasti kawasan sesuai untuk membina loji penghasilan tenaga tersebut, kata Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Isnin.

Tenaga geoterma adalah sejenis tenaga yang boleh diperbaharui, dijana daripada takungan panas bumi yang dianggarkan sedalam 2,900 kilometer di bawah permukaan.

Kajian terdahulu telah menandakan bahawa terdapat potensi geoterma di kawasan utara dan timur Singapura.

Pada Julai, satu kajian oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU), mendapati bahawa satu kawasan dekat mata air panas Sembawang mungkin berupaya mencecah kepanasan sehingga 200 darjah selsius - paras suhu diperlukan bagi menghasilkan tenaga elektrik - pada sekitar kedalaman empat hingga lima kilometer.

Lantas ia menunjukkan potensi sumber tenaga semula jadi dan mesra alam.

EMA sedang meminta agar usulan bagi satu kajian geofizikal serata negara yang tidak invasif yang boleh menilai potensi geoterma Singapura sedalam 10 kilometer, lapor The Straits Times.


Pihak berminat, yang boleh melibatkan pemain industri dan institut kajian, diundang untuk membentangkan Permohonan Saranan menjelang 8 Disember, 4 petang.

“Sebagai sebuah negara kecil yang mempunyai sumber semula jadi terhad, Singapura mempunyai pilihan tenaga yang boleh diperbaharui yang terbatas dan mengimport hampir semua keperluan tenaga elektriknya,” kata EMA.

Negara ini sedang meneroka pilihan sumber tenaga tempatan - selain cahaya mata hari - yang berupaya mempelbagaikan pilihan sumber tenaganya.

Ia juga bermatlamat menyekat pengeluaran karbon daripada penghasilan tenaga elektrik supaya dapat mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Lantaran itu, kata EMA, satu kajian menyeluruh perlu dibuat untuk menjamin potensi geoterma secara keseluruhan serta bagaimana tenaga geoterma boleh diluaskan di seluruh Singapura.

Kajian terdahulu mendapati Singapura mempunyai potensi geoterma di Sembawang dan Pulau Tekong. Pulau Tekong telah diwartakan bagi kegunaan ketenteraan.

Kajian itu juga akan membolehkan EMA menilai potensi penyerapan karbon geologikal di Singapura - iaitu satu proses “menyuntik” karbon dioksida ke bawah tanah bagi penyimpanan jangka masa panjang untuk menangani perubahan iklim.

Sistem geoterma biasa, selalunya memanfaatkan air panas dan wap untuk mengeluarkan tenaga elektrik, yang tidak dapat dilakukan di Singapura atas sebab kekurangan pilihan sumber pada kedalaman cetek.

Namun, ia boleh memanfaatkan kepanasan geotermal dari paras lebih dalam di bawah tanah, memandangkan ia mempunyai teknologi lebih canggih masa kini, kata EMA sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >