Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EMA mohon saranan untuk lantik pengimport elektrik rendah karbon

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



DALAM usaha mempelbagaikan sumber bekalan tenaga di Singapura, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) telah mengeluarkan permohonan saranan (RFP) yang pertama bagi melantik pengimport elektrik.



Pengimport itu boleh mengimport dan menjual sekitar 1.2 GW (gigawatt) karbon rendah elektrik ke Singapura bermula 2027.



RFP kedua bagi baki elektrik yang diimport akan bermula menjelang 2035 dan dijangka dikeluarkan pada suku kedua 2022, menurut kenyataan EMA semalam.



Bulan lalu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, mengumumkan rancangan Singapura mengimport elektrik sehingga 4 GW menjelang 2035.



Ia akan merangkumi sekitar 30 peratus daripada bekalan elektrik pada tahun itu.



Pihak yang berminat boleh menghantarkan usulan mereka menjelang 1 April tahun depan sehingga 3 petang kepada EMA.



Pengimport berpotensi perlu menunjukkan antara lain keupayaan mereka menyediakan bekalan, mempunyai rekod pencapaian yang baik, berdaya saing dari segi kos, berupaya menguruskan hasil karbon dari penjanaan bekalan mereka.



Saranan dengan elektrik yang dibekalkan menggunakan teknologi penjanaan arang batu tidak akan diterima.



"Mengimport elektrik ini akan memainkan peranan penting dalam membolehkan Singapura memanfaatkan sumber bekalan tenaga berkarbon rendah di luar pesisiran, mempelbagaikan sumber tenaga kita untuk meningkatkan keselamatan tenaga, sambil memudahkan pembangunan projek tenaga rendah karbon di rantau ini dan menyokong usaha penyahkarbonan serantau,'' kata kenyataan EMA.



Negara ini sedang mengambil beberapa langkah bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik dan bahan api selamat di tengah-tengah gangguan sejagat yang menyebabkan harga menjulang ke paras tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >