Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EMA, Shell labur $4 juta untuk syarikat pemula dalam sektor tenaga setempat

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Pasaran Tenaga (EMA) dan syarikat tenaga Shell telah memberi komitmen melabur tambahan $4 juta dengan sokongan Enterprise Singapore (ESG) bagi mengembangkan syarikat pemula tenaga, sebagai sebahagian daripada kerjasama yang diperbaharui.



Pendanaaan tambahan itu akan membawa jumlah komitmen bersama EMA dan Shell kepada $8 juta berbanding $4 juta sebelum ini, menurut ketiga-tiga pihak dalam satu kenyataan media bersama semalam.



Kerjasama tersebut bermula pada 2019 dan sejauh ini sudah menyokong 12 syarikat pemula di bawah program Shell StartUp Engine.



Ia merupakan satu program inovasi global yang menolong syarikat pemula membangunkan huraian dan meluaskan pasaran mereka menerusi rangkaian Shell.



Projek yang berjaya termasuk projek pek bateri universal untuk alat mobiliti peribadi oleh Anzene; prasarana mengecas mampan bagi kenderaan penghantaran tidak berpandu oleh Pylon City, di samping satu projek solar oleh Quantified Energy Labs.



ESG menyokong kerjasama di bawah inisiatif Inovasi Terbuka, yang memanfaatkan permintaan dari agensi pemerintah dan perbadanan perniagaan bagi menyokong syarikat kecil dan sederhana (SME) serta syarikat pemula dalam membangunkan huraian inovatif.



Ini bermakna syarikat pemula dalam sektor tenaga boleh menyertai projek yang membolehkan mereka untuk membina keupayaan baru yang diperlukan pasaran.



Ini kemudian akan membolehkan mereka untuk meraih pengalaman untuk mengembangkan perniagaan lebih lanjut, kata ketua eksekutif ESG, Encik Png Cheong Boon.



"Menjadikan idea kepada huraian komersial yang berdaya maju memerlukan kerjasama kukuh di antara industri dan para inovator.



"Menerusi inisiatif Inovasi Terbuka, syarikat pemula tenaga dapat menyertai dalam projek yang membolehkan mereka membina keupayaan baru yang diperlukan pasaran dan kemudian menimba pengalaman untuk berkembang lagi.



"Kami ghairah untuk menyokong kerjasama inovasi bersama EMA dan Shell sebagai jambatan untuk memupuk sistem eko tenaga kita," ujar Encik Png dalam kenyataannya.



Sementara itu, Encik Ngiam Shih Chun, Ketua Eksekutif EMA, berkata:



"Syarikat pemula menyuntik kerancakan dalam sistem eko tenaga kita.



"Mereka membawa huraian inovatif dan sikap mudah membuat penyesuaian untuk membangunkan teknologi baru.



"Inovasi sedemikian akan menolong menangani keperluan industri dan memastikan sektor tenaga kekal relevan dan dinamik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >