Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EMA siasat bekalan elektrik terputus di 19 kawasan dari Bedok ke Jurong

Sep 18, 2018 | 11:13 AM



BEBERAPA kawasan di Singapura - dari Bedok ke Jurong - diselimuti kegelapan awal pagi tadi (18 September), sehingga menjejas hampir 150,000 orang.



Semasa kejadian itu, penduduk yang terjejas berkata rumah mereka menjadi gelap manakala pemandu pula berkata mereka terpaksa memandu tanpa lampu jalan raya.



Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berkata mereka sedang menyiasat kejadian bekalan elektrik terputus itu.



Menerusi satu kenyataan, pengendali khidmat elektrik SP Group berkata bekalan elektrik terganggu di 19 kawasan di negara ini pada 1.18 pagi.



Keadaan kembali pulih seperti biasa sekitar 38 minit kemudian.



Berdasarkan siasatan awal, SP berkata bekalan elektrik terputus itu disebabkan sebahagian bekalan elektrik daripada dua syarikat penjanaan kuasa yang terputus.



Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan pemeriksaan menunjukkan bahawa rangkaian elektriknya beroperasi dengan baik.



Menurut SP, 146,797 pelanggan perumahan dan komersial terjejas dek bekalan elektrik terputus itu di Boon Lay, Choa Chu Kang, Clementi, Jurong, Pandan Loop, Aljunied, Geylang, Tanjong Rhu, Mountbatten, Kembangan, Bedok, East Coast, Ang Mo Kio, Bishan, Thomson, Mandai, Admiralty, Sembawang dan Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >