Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMPENA HARI IBU

Emak tunjang keluarga setelah Ayah pergi selamanya

May 12, 2019 | 05:30 AM



SAYA akui, kadangkala apabila melihat keluarga yang 'cukup sifat', berdetak rasa cemburu di hati.



Boleh dikatakan hampir separuh hidup saya tidak mempunyai kehadiran seseorang bernama ayah.



Emak tempat kami adik-beradik bergantung harap.



Ayah meninggal dunia akibat barah buah pinggang ketika usianya mencecah 53 tahun pada 2001.



Pada masa itu, saya berusia 19 tahun, abang berusia 22 tahun dan adik bongsu, Mohsin, pula baru berusia 13 tahun. Tiga kakak kami sudah berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri.



Ini bermakna Emak memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah secara serentak - tugasan baru yang bukan mudah, apatah lagi dengan tiga anak yang meningkat remaja dan dewasa.



Satu aspek yang menjadi keprihatinannya ialah ekonomi keluarga.



Semasa Ayah masih ada, Emak tidak terlalu bimbang tentang isu kewangan.



Ekonomi keluarga bergantung pada pendapatan Ayah sebagai guru, yang boleh dianggap cukup untuk menyara kami lapan beranak.



Namun, setelah Ayah tiada, tanggungjawab mencari nafkah jatuh ke bahu Emak.



Meskipun arwah ada sedikit wang simpanan dan pulangan pelaburan, kami tiga beradik paling kecil masih bersekolah atau mahu melanjutkan pelajaran.



Justeru, Emak perlu memikirkan cara menambah pendapatan. Saya tidak dapat membayangkan kerisauan yang bergejolak di fikirannya.



Bayangkan. Emak berhenti kerja sebagai guru sekitar 1970-an untuk menjaga kakak sulung. Sejak itu, beliau tidak melangkah semula ke alam pekerjaan.



Namun, berkat kemahirannya, beliau mencari wang tambahan dengan mengajar mengaji.



Saya masih ingat betapa gigihnya beliau mengajar mengaji siang dan malam.



Ketika musim Raya, beliau akan menjual kuih.



Saya dan Abang harus pandai-pandai mencari wang tambahan agar tidak membebankan Emak.



Sebagai ibu dan ayah dalam keluarga, Emak perlu membuat banyak keputusan sukar, kadangkala pahit demi masa depan anak.



Perjalanan ini mungkin serupa dengan yang harus dilalui ramai ibu tunggal, sama ada kehilangan suami ekoran cerai hidup atau mati, dalam membesarkan anak.



Tidak kira peringkat usia, dwiperanan yang perlu digalas bukan mudah. Apatah lagi jika seseorang ibu atau wanita itu tidak memiliki sistem sokongan padu.



Emak mungkin agak beruntung kerana kakak-kakak bertanggungjawab terhadap adik.



Di Singapura, jumlah keluarga yang diketuai ibu bapa tunggal semakin meningkat.



Maklumat daripada Jabatan Perangkaan (DOS) menunjukkan jumlah keluarga ibu bapa tunggal - kerana faktor seperti perceraian, kematian suami atau tidak pernah berumah tangga - mencapai 94,000 tahun lalu.



Golongan itu membentuk 7.3 peratus daripada keluarga penduduk Singapura tahun lalu, berbanding 6.9 peratus pada 2008.



Ini sekali gus mencerminkan bahawa, seperti emak, lebih ramai memainkan dwiperanan sebagai ibu dan bapa dalam keluarga.



Banyak kajian menunjukkan bahawa anak yang dibesarkan dalam keluarga ibu atau bapa tunggal menghadapi banyak kekurangan.



Bahkan, banyak kajian mendapati pertumbuhan terbaik anak adalah dibesarkan dalam sekitaran yang mempunyai kehadiran ibu dan ayah kandung.



Makanya, sokongan sosial dan kebangsaan yang tersusun perlu terus dipergiat bagi memastikan golongan ibu atau bapa tunggal serta anak mereka tidak ketinggalan atau rasa terasing.



Dalam hal ini, pemerintah menyediakan banyak wadah bagi menyokong golongan itu.



Misalnya, ada peraturan lebih longgar untuk memudahkan pasangan bercerai memiliki flat sendiri.



Merenung semula pengalaman sendiri, terlalu banyak pengorbanan yang Emak buat demi memastikan tiga anak terakhirnya ini tidak keciciran atau 'kekurangan' akibat ketiadaan Ayah.



Saya fikir 'bukti' paling ketara bahawa Emak berhasil menjalankan dwiperanannya adalah apabila kami sekeluarga menghadiri majlis konvokesyen Mohsin di varsiti Ayah, Universiti Nasional Singapura (NUS), pada 2013.



Kini, Mohsin berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pengurus.



Hingga ke hari ini, saya tidak dapat melupakan wajah Emak di majlis tersebut - terukir sejuta kebanggaan dan kesyukuran.



Hari ini, saya ingin meraikan semua ibu tunggal atas perjuangan mereka, yang seringkali berlaku dalam diam.



Kepada Emak, tugasmu sudah berakhir tetapi tiada balasan lebih setimpal daripada rahmat Allah.



Selamat Hari Ibu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >