PARA penyelidik di Institut Biojuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) telah menghasilkan satu ujian genetik yang dapat membantu merawat pesakit strok dan masalah jantung - menggunakan prob nano yang diperbuat daripada emas.
Ujian itu membolehkan mereka menentukan jumlah dos betul ubat pencair darah yang diperlukan bagi merawat pesakit sedemikian.