Emirates minta maaf kepada penumpang selepas salah letak bahagian kerusi roda, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Emirates minta maaf kepada penumpang selepas salah letak bahagian kerusi roda

Dec 30, 2019 | 06:37 PM

EMIRATES telah meminta maaf kepada penumpang warga Britain Gemma Quinn, 35 tahun, yang terkandas di Singapura selepas syarikat penerbangan itu tersalah letak sebahagian kerusi rodanya yang ditempah khas sehari sebelum Krismas.

Cik Quinn, yang lumpuh dari leher ke bawah akibat satu kemalangan semasa kecil, telah menempah percutian 19 hari ke Asia bersama dua penjaganya berharga lebih £15,000 (S$26,600).

Beliau telah ke Dubai dari Manchester pada 23 Disember apabila beliau dimaklumkan bahawa bahagian belakang kerusi rodanya hilang.

Beliau memberitahu The Independent bahawa beliau terpaksa diangkat menggunakan tandu untuk menaiki penerbangannya ke Singapura.

Beliau tiba di sini pada 24 Disember namun tidak dapat keluar dari bilik hotelnya kerana tidak dapat menggunakan kerusi rodanya.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurut The Straits Times, bahagian kerusi roda yang hilang itu ditemui di Dubai dan dibawa ke Singapura pada 25 Disember.

“Pasukan kami di Dubai dan Singapura telah berusaha membantu Cik Quinn dan keluarganya meneruskan percutian mereka dan kami meminta maaf atas gangguan yang mereka alami,” ujar Emirates.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map