Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat belia disiasat kerana penipuan cinta Internet

Nov 23, 2020 | 06:28 PM



EMPAT orang antara usia 15 dengan 21 tahun sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan melibatkan wang $12,200, kata polis dalam kenyataannya pada Isnin (23 November).



Siasatan ini dilakukan menyusuli satu laporan yang dibuat pada tengah malam 15 November mengenai dua orang yang tidak dikenali mangsa tetapi dijadikan kawan di laman dating.



Kedua-dua orang ini dikatakan telah beberapa kali meminta mangsa memindahkan wang tunai sebagai gantian khidmat mereka menemaninya. Wang itu ingin digunakan bagi kos membaiki kenderaan yang didakwa diperlukan menyusuli satu kemalangan jalan raya. 



Pegawai polis dari Divisyen Polis Bedok telah mengenal pasti identiti empat orang yang disyaki terlibat dalam kes penipuan cinta Internet  pada 16 November.



Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.



Dalam kenyataannya, polis berkata penipuan cinta Internet kekal sebagai satu keprihatinan jenayah yang serius.



Polis mengingatkan orang ramai agar berhati-hati apabila menjalin persahabatan dengan orang yang tidak dikenali dalam talian bagi mengelakkan mereka daripada terperangkap dalam penipuan ini. 



Orang awam juga harus berhati-hati apabila diminta menerima atau memindahkan wang kepada golongan yang mereka tidak kenali, jelas polis lagi.



Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang penipuan ini, lungsuri laman scamalert.sg atau hubungi talian Hotline Anti-Scam di talian 1800-722-6688.



Sesiapa dengan maklumat tentang penipuan sebegini boleh hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau kirim maklumat secara dalam talian ke laman beralamat www.police.gov.sg/iwitness.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >