Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat blok HDB di Ang Mo Kio dipilih jalani Sers

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



EMPAT blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Ang Mo Kio Avenue 3 telah dipilih untuk menjalani Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers).



Ini merupakan projek Sers pertama yang diumumkan HDB sejak Mei 2018.



Menurut kenyataannya semalam, HDB berkata penduduk yang tinggal di Blok 562 hingga 565, yang merangkumi 606 unit, boleh menjangkakan rumah baru dan sekitaran hidup yang dipertingkat di bandar yang sama di bawah Sers.



Flat yang siap dibina pada 1979 itu berusia sekitar 43 tahun dan merangkumi kebanyakannya flat tiga dan empat bilik, dengan lima flat lima bilik dan dua flat eksekutif hasil dua flat tiga bilik yang disatukan.



Ini merupakan tapak kelima di Ang Mo Kio yang dipilih untuk menjalani Sers.



Blok 246 hingga 252 di Ang Mo Kio Avenue 2, 3 dan 4 dipilih untuk menjalani Sers pada 2006.



Sers, yang bermula pada 1995, melibatkan langkah merobohkan blok lama dan menawarkan penduduk unit baru berdekatan. Tapak lama itu kemudian dibangunkan semula.



Pemilik 606 unit itu akan menerima pampasan berdasarkan nilai pasaran flat mereka ketika Sers diumumkan.



Pampasan itu akan dinilai oleh jurunilai privet profesional yang dilantik HDB.



Pemilik flat juga akan menerima elaun pindah sebanyak $10,000 untuk membiayai perbelanjaan berpindah dan HDB juga akan membayar bayaran guaman dan setem bagi pembelian flat yang serupa sebagai ganti.



Mereka juga akan ditawarkan flat ganti baru di Ang Mo Kio Drive, yang merangkumi flat fleksi dua bilik hingga empat bilik.



Kerja membina flat ganti mereka itu akan bermula pada suku ketiga tahun depan dan dianggarkan siap menjelang suku ketiga 2027.



Pemilik mempunyai pilihan membeli flat ganti itu di tapak yang ditetapkan sebagai ganti, dengan tempoh pajakan 99 tahun yang baru, hampir seganda tempoh pajakan flat mereka apabila mereka berpindah keluar menjelang hujung 2027.



Pemilik flat itu juga boleh menikmati manfaat lain termasuk geran Sers sebanyak $15,000 bagi golongan bujang atau $30,000 bagi keluarga dan golongan bujang yang berkongsi flat, jika layak, untuk membeli flat ganti mereka.



Mereka juga boleh memilih flat ganti mereka bersama jiran atau saudara-mara untuk tinggal dekat satu sama lain.



"Dengan cara ini, Sers dapat membantu memelihara ikatan kemasyarakatan yang ada dengan membolehkan penduduk berpindah serentak ke flat ganti mereka," ujar HDB.



Pemilik flat yang tidak mahu mendapatkan flat ganti itu boleh memilih untuk menjual flat Sers mereka bersama manfaat berpindah di pasaran terbuka, kata HDB.



Dengan hasil jualan flat mereka serta faedah yang diterima daripada SERS, mereka boleh membeli flat jualan semula di lokasi pilihan mereka.



HDB berkata mereka akan melawat penduduk di rumah mereka untuk menerangkan skim itu kepada setiap isi rumah dan menangani keprihatinan mereka, di samping mengadakan pameran dan sesi perkongsian buat penduduk dari 9 hingga 14 April ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >