Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat cara S'pura boleh muncul lebih utuh pada pasca Covid-19:DPM Heng

Aug 31, 2020 | 08:42 PM



SINGAPURA perlu membuat penyesuaian kepada perubahan yang disebabkan oleh Covid-19 dan pada masa sama, terus berpegang kukuh kepada nilai-nilainya, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat.



Bagi mencapai matlamat ini, Encik Heng menggariskan empat bidang yang perlu diperkukuhkan negara ini bagi memastikan penakatan dan kejayaan negara di samping memperbaiki kehidupan warga dalam masa sukar sekarang.



Pertama, Singapura perlu mengambil pendekatan lebih bersepadu dan selaras dengan perubahan ekonomi, kata Encik Heng dalam ucapannya bagi membahaskan amanat Presiden di Parlimen pada Isnin (31 Ogos).



Kedua, Singapura harus menggandakan usahanya bagi membangunkan potensi sepenuhnya semua warga agar mereka boleh memanfaatkan peluang baru dan berjaya dalam bidang dipilih, kata beliau yang juga Menteri Penyelarasan bagi Dasar Ekonomi merangkap Menteri Kewangan.



Ketiga, Singapura mesti memperkukuh keupayaannya mencari haluan dan menemui kelebihan yang tersembunyi di sebalik gangguan ekonomi. Encik Heng memberi contoh pasukan bertindak lebih utuh yang dibentuk empat bulan lalu bagi mengenal pasti dan merebut peluang baru dalam trend baru yang kian mekar.



Di samping itu, Singapura akan melabur dalam usaha inkubasi dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan baru serta menyokong syarikat mapan dalam meluaskan usaha kajian dan pengembangan bagi membina kekuatan kompetitif, kata Encik Heng.



Bidang keempat pula, jelas beliau, ialah negara ini harus mencari jalan untuk menjadi nadi penting yang memiliki hubungan mendalam dengan seluruh dunia.



“Kita tidak boleh mengambil ringan bahawa dalam dunia pasca Covid-19, kita akan terus menjadi hab yang sama, seperti dahulu. Lantaran itu, kita harus menjalin bentuk hubungan baru seperti perjanjian ekonomi digital, sementara memperkukuhkan hubungan dengan pasaran serantau bagi memanfaatkan potensi Asia,” tambah Encik Heng.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >