Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat cedera selepas e-skuter yang dicas semalaman terbakar

Nov 09, 2017 | 05:30 AM



EMPAT orang telah dibawa ke hospital selepas skuter elektrik (e-skuter) yang ditinggalkan untuk dicas semalaman di bilik tidur sebuah flat tingkat 10 di Yishun terbakar pagi kelmarin.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku di Blok 260 Yishun Street 22 itu pada 10.40 pagi.



Anggota SCDF memadamkan api menggunakan beberapa baldi air.



Tiga penghuni berusia antara 23 dan 59 tahun berada dalam flat tersebut apabila kebakaran berlaku.



Menurut akhbar Lianhe Wanbao, seorang lelaki berumur 23 tahun sedang tidur di bilik tidurnya apabila beliau dikejutkan oleh bunyi letupan.



Setelah mendapat tahu biliknya terbakar, lelaki tersebut panik lalu beliau dikatakan memecahkan tingkap bilik dan memanjat keluar dari tempat itu untuk menyelamatkan diri.



Dua jiran di rumah bersebelahan yang melihat keadaannya tidak menentu segera ke bilik tidur tersebut untuk menariknya. Mereka kemudian berjaya berlari keluar dari flat itu.



Salah seorang jiran, lelaki berusia 26 tahun, mengalami kecederaan ringan di tangannya dan dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat untuk rawatan.



Tiga penghuni flat itu - dua antaranya telah menghidu asap - dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).



Lelaki yang diselamatkan mengalami luka akibat lecur 30 peratus di tubuhnya dan memerlukan pemindahan kulit.



Siasatan masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >