Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat diberkas, dadah lebih 2kg dirampas

May 28, 2015 | 04:05 PM



SEPASUKAN anggota Biro Narkotik Pusat (CNB) telah memberkas empat individu dalam satu operasi yang dijalankan kelmarin.


Dalam kenyataannya hari ini, CNB berkata lelaki pertama diberkas selepas dia dipercayai baru sahaja menerima bekalan dadah.


Hasil operasi yang dijalankan itu, dadah jenis heroin seberat 2.2 kilogram, yang dianggarkan bernilai $154,000, beserta wang tunai berjumlah $14,400 telah dirampas.


Memberikan perinciannya, CNB berkata para anggotanya telah dikerahkan ke sebuah kawasan di Tampines North petang semalam, di mana pengedar dadah yang disyaki itu - seorang warga Singapura berusia 38 tahun - dipercayai sedang menantikan ketibaan bekalan dadah yang baru.


Kira-kira 8.10 malam, pegawai CNB mengesan seorang lelaki membawa sebuah beg berwarna hijau bertemu dengan lelaki pertama itu - yang dipercayai seorang pengedar dadah - dalam sebuah bangunan komersil di kawasan itu.


Kedua-dua mereka dilihat berjalan ke tangga bahagian tepi bangunan.


Pada 8.35 malam, lelaki yang sebelumnya membawa beg hijau dilihat tidak lagi membawa beg tersebut dan meninggalkan kawasan titu dengan menaiki teksi.


Para anggota CNB terus mengekorinya.


Kira-kira 9.20 malam, lelaki pertama dilihat meninggalkan bangunan komersil itu dari tangga bahagian tepi bangunan, dan diberkas sejurusnya.


Hasil pemeriksaan mendapati beg itu mengandungi heroin seberat 1.4 kilogram.


Pemeriksaan lanjut di tempat penyimpan barangan lelaki pertama di bangunan komersil itu menemukan kira-kira 800 gram lagi dadah jenis heroin, bersama-sama peralatan dadah dan wang tunai berjumlah $6,400.


Sementara itu, lelaki kedua, seorang warga Malaysia berusia 27 tahun, telah diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands semasa cuba meninggalkan republik ini bersama temannya, seorang wanita warga Malaysia berusia 26 tahun.


Wang tunai berjumlah $8,000 telah ditemui dari mereka.


Siasatan lanjut membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki warga Singapura berusia 27 tahun di Simei.


Siasatan terhadap mereka sedang dijalankan. Jika sabit kesalahan, warga Singapura berusia 38 tahun, dan lelaki warga Malaysia berumur 27 tahun, boleh menghadapi hukuman mati di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >