Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat ditangkap kerana edar bahan lucah dalam kumpulan chat SG Nasi Lemak

Oct 15, 2019 | 08:12 AM



EMPAT suspek lelaki, termasuk dua belia, ditangkap kerana terlibat dalam mengedarkan bahan lucah dan mempromosikan kegiatan lucah dalam kumpulan chat Telegram SG Nasi Lemak.

Dalam kenyataannya awal pagi Selasa (15 Oktober), polis berkata mereka menerima beberapa laporan mengenai kumpulan chat itu antara 15 Mac dengan 3 Oktober.

Awal bulan ini, beberapa laporan mendakwa bahawa kumpulan chat itu mengongsi beberapa foto dan video lucah mengenai wanita Singapura.

Ia termasuk foto bawah skirt.

Polis berkata bahawa para pegawai mereka dari Divisyen Polis Ang Mo Kio mengenal-pasti identiti suspek dan menangkap mereka dari pelbagai lokasi Isnin lalu.

Siasatan menunjukkan dua lelaki, berusia 26 dan 37 tahun, merupakan pentadbir kumpulan chat itu.

Dua belia berusia 17 dan 19 tahun, merupakan pengedar bahan-bahan lucah itu.

Lebih 10 alat elektronik termasuk sebuah unit pemprosesan pusat, telefon bimbit dan beberapa telefon bimbit dirampas.

Perangkaan dalam kumpulan chat itu menunjukkan bahawa ia mempunyai lebih 44,000 anggota semasa ia masih aktif.

Menurut akhbar bahasa Cina Lianhe Wanbao, kumpulan chat itu dibentuk sejak lebih setahun tetapi bilangan anggotanya meningkat sejak beberapa bulan lalu apabila lebih ramai orang mengetahuinya.

Mereka yang dikatakan ingin memasuki kumpulan itu perlu membayar $30 sebagai bayaran kemasukan, menurut laporan The Straits Times.

Pada 30 September, pengguna Twitter Darcel Anastasia mengutuk kumpulan itu dalam media sosialnya kerana beliau disebut dalam kumpulan chat itu.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >